Geologi am dan geokimia di ladang Mostyn, Kunak

Teo, Irene Siau Fung (2011) Geologi am dan geokimia di ladang Mostyn, Kunak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Kawasan kajian terletak di daerah Kunak, Tawau, dan disempadani oleh garis lintang 04°40' U hingga 04°45' U dan garis bujur 118°10' T hingga 118°15' T. Kawasan kajian meliputi keluasan lebih kurang 100 km². Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji secara terperind geologi am serta geokimia tanah di kawasan kajian dan juga menyediakan satu peta geologi kawasan Ladang Mostyn, Kunak, Sabah. Kawasan kajian terdiri daripada Batuan Ultrabes, Melange yang terdiri daripada blok Formasi Chert-Spilit dan blok Formasi Kuamut, Olivin Basalt serta aluvium. Kajian geologi struktur menunjukkan bahawa arah canggaan di kawasan kajian bertren barat laut - tenggara. Sebanyak 47 sampel tanah telah diambil bag; menentukan kelimpahan logam berat Cr, Cu, Pb, Zn, Fe dan Ni dalam tanah di kawasan kajian. Kawasan persampelan pula terbahagi kepada 4 lokaliti iaitu kawasan Batuan Ultrabes, Melange, Olivin Basalt dan Aluvium. Hasil kajian menunjukkan julat pH bagi tanah Batuan Ultrabes (7.00 -7.89), tanah Melange (4.40 -7.32), tanah Olivin Basalt (4.53 - 7.97) dan tanah Aluvium (6.83 - 7.46). Secara purata hasil analisis menunjukkan bahawa dalam semua sampel kepekatan logam Pb adalah sangat rendah iaitu 18.30 b.p.j. manakala kepekatan logam Fe pula ada/ah sangat tinggi dengan bacaan 939.89 b.p.j. Kepekatan logam Cu, Zn, Cr dan Ni pula berada pada kepekatan 28.68 b.p.j., 52.92 b.p.j., 182.84 b.p.j. dan 334.18 b.p.j. masing-masing. Namun demikian, semua logam berat dalam sampel tanah berada pada julat yang normal. Selain itu, hubungan logam berat dengan pH, kandungan bahan organik dan peratusan lempung menunjukkan korelasi yang lemah.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:geochemistry, soil, heavy metal, Melange, Chert-Splilite Formation, the Kuamut Formation, Olivine Basalt, alluvium
Subjects:Q Science > QE Geology
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13194
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 May 2016 15:53
Last Modified:18 May 2016 15:53

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository