Geologi am dan sifat-sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kampung Tindak Menumbok, Sabah.

Selvakumar Pichy, (2009) Geologi am dan sifat-sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kampung Tindak Menumbok, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002835.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Kampung Tindak, Menumbok, Sabah yang dibatasi oleh garis longitud 115 º 23'T hingga 115 º 25'T dan garis latitud 05 °23'U hingga 05º25'U. Keluasan kawasan kajian adalah kira-kira 120km² . Objektif kajian ialah mengkaji geologi am dan sifat kejuruteraan tanah kawasan Kampung Tindak, Menumbok, Sabah. Kajian geologi am melibatkan aspek geomorfologi, stratigrafi, geologi srtruktur dan petrografi serta mengkaji sifat fiziko-kimia dan sifat kejuruteraan tanah. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker, Formasi Belait dan Endapan Aluvium Kuarterner. Analisis geologi berstruktur kawasan kajian ialah bertrend Barat Lat - Tenggara dan Utara-Selatan. Sebanyak lima sampel tanah dianalisis di kawasan Kampung Tindak untuk mengkaji sifat kejuruteraan tanah. Daripada analisis sifat kejuruteraan tanah, sampel tanah dari Formasi Crocker merupakan tanah lempung dengan kandungan bahan organik yang tinggi iaitu berjulat antara 4.24% dan 4.45%. ia didapati bersifat asid dengan nilai pH berjulat anatara 5.40 dan 4.18, serta mempunyai sifat keplastikan yang tinggi. Ketelapan terhadap air adalah sangat rendah iaitu dengan nilai berjulat antara 8.03 x 10.11 m/s dan 1.77 X 10�¹¹ m/s. Bagi sampel daripada Formasi Belait yang terdiri daripada tanah lempung menunjukkan kandungan kelembapan yang tinggi yang berjulat 23.97% dan 25.97%. Tanah daripada formasi ini menunjukkan sifat pH yang tinggi yang berjulat 4.06 dan 4.35. Tanah jenis ini mempunyai keplastikan sederhana tinggi dan ketelapan yang sederhana yanh berjulat 1.79 x 10�¹¹ m/s dan 1.32 x 10�¹¹ m/s. Sampel tanah Endapan Aluviun Kuarterner adalah bersifat alkali bernilai 7.69 yang merupakan sampel tanah pasir disebabkan oleh kehadiran sisa-sisa haiwan marin dan cengkerang moluska. Sampel tanah ini mempunyai kandungan kelembapan rendah bernilai 12.73% dan bahan organik yang paling rendah iaitu iaitu 1.95 berserta dengan nilai ketelapan terbadap air yang sederhana iaitu 1.23 x 10�� m/s. Kesemua sampel tanah daripada kawasan kajian dikelaskan sebagai tanah yang sangat lembut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: soil, engineering properties, petrography, stratigraphy, Crocker Formation
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 May 2016 05:30
Last Modified: 30 Oct 2017 02:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13197

Actions (login required)

View Item View Item