Faktor risiko penyakit jantung Koronari dengan menggunakan Model Regresi Logistik berganda

Tan, Lay Lean (2009) Faktor risiko penyakit jantung Koronari dengan menggunakan Model Regresi Logistik berganda. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002836.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi Penyakit Jantung Koronari dengan mengguna sampel data daripada sebuah buku yang bertajuk "Regression Methods in Biostatistics: Linear, Logistic. Survival and Repeated Measures Models." Tujuan sampel data ini diterbitkan adalah sebagai latihan tambahan kepada pelajar untuk menganalisis data yang melibatkan pemboleh ubah yang kualitatif. Kajian ini mengguna regresi logistik berganda untuk menganaIisis data. Ini disebabkan pemboleh ubah bersandar adalah kualitatif dan kaedah kebolehjadian maksimum diguna untuk membuat penganggaran. Dalam kajian ini, terdapat tujuh pemboleh ubah tak bersandar iaitu faktor umur, berat badan manusia, ketinggian, tekanan diastolik, tekanan sistolik, tahap cholesterol dan bilangan batang rokok yang dihisap dalam satu hari. Model terbaik bagi kajian ini dipilih berdasarkan nilai devians yang paling minimum. Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati faktor paling utama yang menyebabkan berlakunya Penyakit Jantung Koronari adalah faktor umur, tekanan darah sistolik dan bilangan rokok yang dihisap. Model yang terbaik yang diperolehi bersedia untuk menerangkan faktor risiko berlakunya Penyakit Jantung Koronari.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: influence, coronary heart disease, Multiple binary logit
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jun 2016 01:55
Last Modified: 30 Oct 2017 02:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13198

Actions (login required)

View Item View Item