Geologi am dan geokimia batuan terluluhawa kawasan Kalabakan, Tawau

Syazaila Wasli, (2010) Geologi am dan geokimia batuan terluluhawa kawasan Kalabakan, Tawau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002840.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang terletak leblh kurang 80 km ke barat laut dari Bandar Tawau. Kawasan yang dikaji adalah di sekitar kawasan perkampungan Kalabakan. Keluasan kawasan kajian dianggarkan kira-kira 96 km persegi yang dibatasi oleh garis bujur 117º30' T hlngga 117º36' T dan garis lintang 04°28' U hingga 04°32' U. Objektif kajian adalah untuk memperbaharui atau menghasilkan peta geologi terkini, mengkaji aspek-aspek geologi am, menganalisis kepekatan-kepekatan kandungan logam seperti Fe, Cu, Cr, Ni, Pb dan Zn dalam batu terluluhawa, serta menentukan faktor-faktor yang mengawal kepekatan-kepekatan kandungan logamnya. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Kalabakan yang berusia Miosen Awal terletak paling bawah dan ditindih oleh Formasi Kuamut atau melange yang berusia Miosen Tengah. Formasi Kapilit pula berusia Miosen Tengah hingga Pliosen Akhir yang mana menindih Formasi Kuamut. Formasi Kalabakan merupakan endapan laut cetek yang terdiri daripada batu pasir, batu lodak, batu lumpur, syal dan laplsan batu arang. Formasi Kuamut terdiri daripada pelbagal campuran batuan sepertl batuan basalt, batu pasir, batu lumpur, syal merah, chert dan spilit yang terlonggok bersama akibat penyesaran atau aktiviti tektonik yang major. Formasi Kapilit pula merupakan endapan membulat di lembangan-Iembangan yang ditinggalkan setelah proses tektonik yang major pada Miosen Tengah terdiri daripada batu pasir, batu lumpur dan konglomerat. Analisis geologi struktur pula menunjukkan arah canggaan kawasan kajian adalah bertren timur laut - barat daya. Kajlan ini lebih memfokuskan kepada sifat fizikal tanah dan geokimia tanah mengikut 9 singkapan dl kawasan kajian. Sampel tanah di singkapan 1 Formasi Kuamut menunjukkan purata kelimpahan Iogam berat iaitu unsur Fe ialah 618.2 bpj, unsur Zn ialah 60.31 bpj, unsur Ni ialah 24.84 bpj, unsur Cu ialah 20.18 bpj, unsur Pb ialah 15.58 bpj dan unsur Cr ialah 11.69 bpj. Purata bacaan pH ialah 6.98, purata kandungan bahan organik lalah 2.06 %, purata kandungan kelembapan tanah ialah 12.21 % manakala peratus kandungan lempung dalam tanah ialah 18.47 %. Sampel tanah di singkapan 2 Formasi Kuamut menunjukkan purata kelimpahan logam berat ialtu unsur Fe ialah 623.8 bpj, unsur Zn ialah 96.7 bpj, unsur Ni ialah 28.08 bpj, unsur Pb ialah 23.20 bpj, unsur Cu ialah 18.52 bpj dan unsur Cr ialah 13.76 bpj. Purata bacaan pH ialah 8.67, purata kandungan bahan organik ialah 1.41 %, purata kandungan kelembapan tanah ialah 8.11 % manakala peratus kandungan lempung dalam tanah ialah 24.69 %. Sampel tanah dl singkapan 3 Formasi Kuamut menunjukkan purata kelimpahan logam berat iaitu unsur Fe ialah 624.8 bpj, unsur Zn ialah 88.63 bpj, unsur Ni ialah 26.19 bpj, unsur Cu ialah 21.12 bpj, unsur Pb ialah 19.24 bpj dan unsur Cr ialah 12.87 bpj. Purata bacaan pH ialah 8.49, purata kandungan bahan organik ialah 1.59%, purata kandungan kelembapan tanah lalah 8.31% manakala peratus kandungan lempung dalam tanah ialah 16.18 %.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: metal element, Kalabakan formation, Kuamut formation, Kaplllt formation, tectonic activity
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 May 2016 05:31
Last Modified: 30 Oct 2017 03:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13204

Actions (login required)

View Item View Item