Geologi am dan kesan kelembapan terhadap kekuatan tanah formasi Belait di Kuala Penyu, Sabah

Fairuz Syuhada Abu Bakar, (2014) Geologi am dan kesan kelembapan terhadap kekuatan tanah formasi Belait di Kuala Penyu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kawasan kajian terletak di pedalaman pantai barat Sabah iaitu di tengah daerah Kuala Penyu, Sabah. Kawasan kajian dibatasi oleh garis latitud U 5°30' hingga U 5°34' dan garis longitud T 115°30' hingga T 115°35'. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji geologi am dan pengaruh kelembapan terhadap kekuatan tanah Formasi Belait. Formasi Belait menindih syal Setap secara stratigrafi dan berusia sekitar Miosen Tengah ke Pliosen Bawah, mengandungi unit batu lumpur tebal, batu pasir tebal, batu pasir pebel dan konglomerat, selang lapis batu pasir dan batu lumpur, selang lapis batu pasir dan syal. Uma sampel tanah diambil dan lokaliti yang berbeza iaitu Kg. Janang, Kg. Kenaring, Kg. Kelansatan, Kg.Chorowok dan Kg. Kaparing dibuat analisis makmal. Sifat fiziko-kimia dikaji melalui parameter seperti kandungan kelembapan, kandungan bahan organik (BOT), pH, analisis saiz butiran dan penetuan graviti tentu tanah. Kesemua sampel tanah mempunyai julat kelembapan di antara 18.18 - 34.30 %, manakala kandungan BOT adalah sangat rendah, iaitu berjulat 0.61 - 1.57 %. Kesemua sampel tanah adalah bersifat asid. Sampel 53 mempunyai peratusan pasir yang tinggi dan dikelaskan sebagai pasir berfempung dengan lodak. Sampel 51 dan 52 mengandungi mineral lempung yang tinggi dan dikelaskan sebagai lempung. Sampel selebihnya mempunyai peratusan lempung dan lodak yang hampir sama dan dikelaskan sebagai lempung berpasir dan berlodak. Nilai graviti tentu tanah adalah berjulat 2.52 hingga 2.63. Selain itu, had-had Atterberg dan ujian seperti pemadatan, mampatan dan kebolehterlapan dijalankan bagi menentukan sifat kejuruteraan sam pel tanah. Kesemua sampel berkeplastikan rendah hingga sangat tinggi dan had cecair berjulat 35.60 % hingga 77.00 %. Ketumpatan kering maksimum adalah berjulat 1.63 hingga 1.79. 51 dan 52 mengandungi mineral lempung yang aktif manakala sam pel selebihnya mengandungi minerallempung tak aktif. Kebolehtelapan semua sampeJ tanah adalah sangat rendah iaitu berjulat 3.62 X 10⁻⁸ m/s hingga 3.89 X 10⁻⁹ m/s kecuali sampel 53 yang berkebolehtelapan rendah iaitu 2.40 x 10⁻⁷ m/s. 51 mempunyai penambahan perbezaan kekuatan mampatan yang tinggi sebanyak 71 % manakala 53 mempunyai pengurangan perbezaan kekuatan mampatan yang tinggi sebanyak 145 %.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:effect of moisture, strength of soil, Belait Formation, Setap 5hale Formation
Subjects:Q Science > QE Geology
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13206
Deposited By:IR Admin
Deposited On:20 May 2016 13:31
Last Modified:20 May 2016 13:31

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository