Kesan kadar luahan terhadap rawatan penyaliran asid lombong dengan menggunakan batu kapur

Wong, Yie Sing (2010) Kesan kadar luahan terhadap rawatan penyaliran asid lombong dengan menggunakan batu kapur. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002847.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis kesan saiz berbeza (≤0.125 - 2 mm), batu kapur serta kadar pengaliran air saliran asid lombong (AMD) yang dirawat untuk menaikkan pH AMD bagi bekas Perlombongan Kuprum Mamut. Batu kapur bersaiz telah menunjukkan kombinasi paling sesuai dalam menimbal ion hidrogen dengan perubahan paras pH 0.16 pada masa 120 minit dan menurun keberkesanan apabila saiz batu kapur meningkat bagi sampel 1M asid hidroklorik. Kegunaan isipadu 1M asid hidroklorik didapati menaik dengan peningkatan isipadu batu kapur yang digunakan. Hasil kajian mendapati masa penahanan hidraulik bertambah dengan penurunan kadar pengaliran asid lombong bagi kedua - dua 2 9 dan 3 9 batu kapur yang telah digunakan dalam ujikaji. Kombinasi kadar pengaliran yang paling cekap ialah 1.2 ml/s dengan kiraan masa penahanan hidrolik masing - masing 1.677 dan 2.5 saat bagi 2 9 dan 3 9 batu kapur. Bagi 2 9 dan 3 9 batu kapur, pH 7 dicapai pada tempoh masa 35 minit dan pH 7.2 pada tempoh masa 15 minit masing - masing apabila 'goncang' dikenalan pada peringkat awal eksperimen dijalankan. Bagi eksperimen 'tidak digoncang', pH 4.89 dan pH 6.01 dicapai pada tempoh masa 60 minit untuk kedua - dua isipadu batu kapur masing - masing. Paras pH air AMD meningkat dengan cepat pad a peringkat awal kemudian menjadi perlahan - lahan dengan pengaliran kitaran semula sepanjang masa eksperimen.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: limestone, acid mine drainage water, hydrocloric acid, hydraulic
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jun 2016 01:53
Last Modified: 30 Oct 2017 03:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13210

Actions (login required)

View Item View Item