Kualiti fizikokimia, mikrobiologi dan sensori daging ayam diberi makan mengandungi hati dan darah babi (sussp.)

Siti Mastura Mohd Salleh, (2015) Kualiti fizikokimia, mikrobiologi dan sensori daging ayam diberi makan mengandungi hati dan darah babi (sussp.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kualiti daging ayam yang diberi makan hati dan darah babi (Sus sp.). Sebanyak SO ekor ayam dipelihara bermula hari pertama sehingga hari ke 35. Pada hari ke 7, ayam dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu rawatan (n=40) dan juga kawalan (n=40) dan mula diberi makan 5 peratus hati dan darah babi (Sus sp.). Pada hari ke 35, ayam telah disembelih dan sampel daging telah disimpan pada suhu -lS0C sebelum diuji. Kualiti daging ayam ditentukan dengan menjalankan ujian fizikokimia, mikrobiologi dan sensori. Ujian fizikokimia termasuklah pH, keupayaan memegang air, warna dan juga tekstur. Kualiti mikrobiologi pula ditentukan dengan menjalankan ujian kiraan plat. Sampel ayam rawatan mempunyai lembapan (75.13±0.2S), protein (23.2S±0.73), lemak (1.10±2.19) dan abu (1.22±0.11). Manakala Sampel ayam kawalan mempunyai lembapan (73.24±2.23), protein (22.S4±0.62), lemak (1.14±1.33) dan abu (1.3±0.06). Terdapat perbezaan yang signifikan (p<O.OS) bagi kandungan protein dan juga lembapan bagi kedua-dua kumpulan. Bagi sifat fizikokimia pula, nilai pH, keupayaan memegang air dan kecerahan warna bagi sampel kawalan adalah 6.17±0.OS, 30.S6±3.4S dan S4.1S±2.10. Manakala bagi sam pel kawalan pula masing-masing 6.23±0.072, 35.16±1.96, and S7.S6±2.14. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan bagi sifat keupayaan memegang air. Tiada perbezaan yang signifikan bagi jumlah mikroorganisma yang hadir pada sampel ayam kawalan dan rawatan. Bagi analisis profil tekstur, sampel ayam rawatan mempunyai tekstur yang lebih lembut kerana mempunyai nilai kekerasan dan kekunyahan yang lebih rendah. Bagi penilaian sensori pula, panelis lebih memilih sampel rawatan dari aspek bau, rasa, penampilan dan penerimaan keseluruhan yang lebih baik. Kesimpulannya, ayam yang diberi makan hati dan darah babi (Sus sp.) mempunyai kualiti yang lebih baik dari aspek kandungan protein.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Chicken meat fed, aerobic microorganisms , protein
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
ID Code:13296
Deposited By:IR Admin
Deposited On:02 Jun 2016 08:39
Last Modified:02 Jun 2016 08:39

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository