Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain menggunakan teknik penderiaan jauh dan sistem maklumat geografi di sepanjang km 85 - km 115, Jalan Keningau - Kimanis, Sabah

Mohd fazierulazuan Awang, (2008) Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terain menggunakan teknik penderiaan jauh dan sistem maklumat geografi di sepanjang km 85 - km 115, Jalan Keningau - Kimanis, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002909.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Pantai Barat Sabah dibatasi oleh Latitud U 5° 23’ hingga U 5º 30º, dan Longitud T 1160 00' hingga T 116º 08'. Kawasan kajian terletak dalam Formasi Crocker yang berusia akhir Eosen hingga Awal Miosen. Formasi Crocker ini terdiri daripada unit batu pasir tebal, selang lapis batu pasir dengan syal dan juga endapan kuartenari. Pemetaan geologi kejuruteraan terain dan juga kajian risiko kejadian tanah runtuh adalah sangat berguna kepada mana-mana agensi yang terlibat dalam pembangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Pendekatan yang dibuat dalam kajian ini adalah mengunakan teknik Penderian Jauh (remote sensing) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Ini adalah penting untuk mengetahui maklwnat asas yang berkaitan dengan geologi kawasan kajian. Daripada peta-peta tematik yang dihasilkan berdasarkan peta pengelasan geologi kejunrteraan terain seperti peta topografi. peta sudut cerun, peta jenis guna tanah, peta hakisan dan ketidakstabilan peta kadar hakisan , peta geobencana, peta geologi kejuruteraan, peta jenis tanah dan peta kesesuaian kawasan pembangunan, ianya akan memudahkan pihak berkuasa dalam merancang pelbagai tujuan. Bagi kajian tanah nmtuh pula, dengan pengbasilan peta zon risiko tanah runtuh, ia memberikan maklumat mengenai lokasi kejadian dan pencegahan lebih awal dapat dibuat sebelum pembangunan dijalankan. Daripada kajian ini, didapati 70% kawasan kajian di sepanjang jalan Keningau-Kimanis adalah sesuai untuk kerja-kerja kejuruteraan dan pembangunan dan berada pada Kelas I dan II dan mempunyai had geoteknikal yang rendah, kos kejuruteraan yang rendah dantahap penyiasatan tapak. yang normal. Manakala 30%0 daripada kawasan pemetaan berada pada Kelas III dan IV yang tidak sesuai untuk dibangunkan. Zon risiko tanah runtuh di kawasan kajian didapati 50% berisiko rendah dan sederbana manakala 50% lagi berisiko tinggi dan sangat tinggi. Untuk meminimakan kejadian tanah runtuh, pengurusan geobencana ini adalah perlu. Kajian geologi kejuruteraan ini yang menggunakan teknik yang lebih berkesan memainkan peranan penting dalam penilaian risiko tanah runtuh sekaligus pemilihan kesesuaian kawasan pembangunan yang selamat untuk masyarakat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: late Eocene, lower Miocene, Crocker Formation, Remote Sensing Technique, Geographic Information System
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Jun 2016 02:14
Last Modified: 30 Oct 2017 03:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13315

Actions (login required)

View Item View Item