Penentuan kandungan fitokimia dan antioksida di dalam spesies nephelium terpilih

Nor Amirah Shamsudin, (2014) Penentuan kandungan fitokimia dan antioksida di dalam spesies nephelium terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]UNSPECIFIED
Restricted to UNSPECIFIED

13Mb

Abstract

Nephelium atau rambutan merupakan buah yang berasal daripada keluarga Sapindacea. Buah ini mengandungi pelbagai sebatian bioaktif yang amat berguna di Dalam bidang perubatan. Dalam kajian ini, ekstrak 80(%) metanol telah digunakan sebagai bahan pelarut bagi mengekstrak kedua-dua spesies Nephelium, iaitu Nephelium lappaceum (rambutan) dan Nephelium ramboutan-ake (pulasan). Kedua-dua spesies ini di ekstrak mengikut bahagian yang berbeza (kulit, biji dan isi) dan di Analisis bagi mengetahui jumlah kandungan fitokimianya iaitu fenolik, flavonoid, Karotenoid dan antosianin menggunakan kaedah spektrofotometri. Aktiviti antioksida pada kedua-dua spesies ini pula ditentukan melalui kaedah FRAP (Ferric reducing/antioksidant power), ABTS (penghapusan radikal bebas ABTS) dan DPPH (2,2-Diphenyl-1-pycrylhydrazyl) berdasarkan kaedah spektrofotometri. Kedua-dua kulit Spesies menunjukkan bacaan fenolik yang lebih tinggi pada keseluruhan bahagian Berbanding flavonoid, dl mana bacaan fenolik adalah dari 2.77 - 111.49 mg GAE/g, Manakala flavonoid adalah dari 1.49- 38.82 mg CE/g. Jumlah kandungan karotenoid adalah dari 0.26 - 0.63 mg BC/g manakala, jumlah kandungan antosianin pula adalah dari 0.67-40.29 mg C-3-GE/g. Ujian korelasi menunjukkan bahawa kulit kedua-dua spesies mempunyai potensi penghapusan radikal bebas DPPH dan ABTS, dan juga agen penurunan FRAP yang lebih tinggi berbanding biji dan isi. Ketiga-tiga kaedah kajian terhadap jumlah kandungan antioksida pada kedua-dua spesies Menunjukkan hubungan korelasi yang lebih tinggi terhadap fenolik, diikuti flavonoid,karotenoid dan antosianin. Ini menunjukkan bahawa kandungan fenolik dan flavonoid merupakan penyumbang utama aktiviti antioksida pada buah ini. Kesimpulannya, kulit kedua-dua spesies buah ini berpotensi digunakan sebagai agen antioksida semulajadi bagi menggantikan antioksida sintetik yang banyak terdapat dipasaran pada hari ini.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:rambutan, bioactive compound, methanol extract, Nephelium
Subjects:Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions:FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
ID Code:13317
Deposited By:IR Admin
Deposited On:09 Jun 2016 10:15
Last Modified:09 Jun 2016 10:15

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository