Pencirian dan pengukuran kecekapan elektrik bagi lampu diod pemancar cahaya (LED)

Tan, Pei Qi (2011) Pencirian dan pengukuran kecekapan elektrik bagi lampu diod pemancar cahaya (LED). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
7Mb

Abstract

Tujuan projek ini adalah untuk mengkaji sifat-sifat elektrik bagi semikonduktor serta membuat perbandingan antara LED (Light Emitting Diode) yang mana dianggap peranti baru dalam sektor penerangan dan mentol CFL (Compact Fluorescent lamp) dari segi kecekapan tenaga elektrik dan juga beberapa aspek lain. Pencirian bagi lampu diod pemancar cahaya (LED) dan perbandingan dengan mentol CFL boleh dilakukan dengan pencirian bahan semikonduktor melalui eksperimen Kesan Hall; pencirian Arus-Voltan bagi mentol LED dan CFL; Pengukuran dan perbandingan tentang kecekapan tenaga elektrik bagi lampu LED dan CFL; Perbandingan nilai kekonduksian eksperimen dan teori dan Perbandingan tentang kehilangan tenaga haba bagi lampu LED dan CFL. Perbandingan telah dibuat berdasarkan hasil daripada uji kaji kesan Hall dan nilai teori kuasa mentol. Ketumpatan pembawa cas majoriti meningkat dengan peningkatan ketumpatan fluks magnet. Kerintangan pula adalah bernilai 1.35 x 10²Ωcm dan kekonduksian adalah 0.74 x 10⁻²Ω⁻¹ cm⁻¹ . Nilai hasil kesan Hall yang didapati menyokong dri-ciri elektrik bagi LED, iaitu arus berkadar langsung dengan kekonduksian dan berkadar langsung dengan kuasa. Kecekapan tenaga bagi mentol LED 1 adalah 96.67%, LED 2 adalah 98.67%, LED 3 adalah 80.00%, LED 4 adalah 85.97% dan mentol CFL adalah 50.13%. terdapat 2 mentol LED mempunyai kecekapan hampir kepada 100%. Bagi mentol yang mempunyai kecekapan yang rendah, contohnya mentol CFL, hampir 50% daripada tenaga dibekalkan melesap melalui bentuk haba, keadaan yang sama berlaku pad a mentol LED yang lain, hanya pelesapan habanya lebih kurang. Kesimpulannya, sifat-sifat bahan semikonduktor yang berkekonduksian tinggi menyebabkan mentol LED berkecekapan tinggi. Pada akhir projek ini, akan dibuktikan bahawa semua mentol LED adalah lebih cekap daripada mentol CFL.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:semiconductors, LED, CFL bulbs, energy efficiency
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13530
Deposited By:IR Admin
Deposited On:27 Jun 2016 10:40
Last Modified:27 Jun 2016 10:40

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository