Perangkap telur katak di kawasan paya air hitam berasid: kesan faktor jenis perangkap, saiz perangkap, ketinggian perangkap dan saiz pokok

Nur Azila Hj Daud, (2011) Perangkap telur katak di kawasan paya air hitam berasid: kesan faktor jenis perangkap, saiz perangkap, ketinggian perangkap dan saiz pokok. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002922.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Hutan Simpan Bukau Api-Api. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tindakbalas katak terhadap bekalan air tawar sebagai tempat bertelur dan menentukan spesies katak yang memberikan tindakbalas positif terhadap tawaran ini. Kajian ini juga dijalankan bagi melihat pengaruh jenis perangkap, saiz perangkap, ketinggian perangkap dan salz pokok terhadap spesies katak yang memberikan tindakbalas positif terhadap tawaran ini. Sebanyak 320 perangkap yang terdiri daripada 80 biji botol plastik bersaiz antara 5.0-7.5 cm, 80 biji botol plastik bersaiz 7.6-10.0 cm, 80 buah perangkap yang diperbuat daripada buluh yang bersaiz antara 5.0-7.5 cm dan 80 buah perangkap yang diperbuat daripada buluh yang bersaiz antara 7.6-10.0 cm telah dipasang pada pokok di dalam kawasan hutan ini. Daripada 80 buah perangkap bagi setiap kategori tersebut, 20 perangkap dipasang pada pokok berdiameter kurang daripada 12 cm pada ketinggian satu meter, 20 perangkap dipasang pada pokok berdiameter kurang darJpada 12 em pada ketinggian lima meter, 20 perangkap dipasang pada pada pokok berdiameter lebih daripada 30 cm pada ketinggian satu meter dan 20 perangkap lagl dipasang pada ketinggian lima meter. Perangkap kemudiannya diisi dengan air tawar yang diambil daripada Sungai Ulu Kimanis sehingga separuh penuh dan diperiksa setiap dua minggu. Setelah tujuh kali proses persampelan dijalankan, kesemua perangkap yang dipasang tidak mempunyai telur katak. Keadaan ini disebabkan oleh faktor kawasan tersebut sering dilanda banjir, perangkap yang belum cukup lama dipasang dan juga disebabkan oleh kehadiran labah-Iabah dan riang-riang di dalam perangkap yang dipasang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: frog, fresh water, trap, tree
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 28 Jun 2016 03:37
Last Modified: 07 Nov 2017 03:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13536

Actions (login required)

View Item View Item