Taburan Cd, Pb dan Cr dalam rumpai laut Caulerpa lentillifera dan sedimen di pulau Mantanani Kechil, Kota Belud

Fatmahwaty Sawada, (2011) Taburan Cd, Pb dan Cr dalam rumpai laut Caulerpa lentillifera dan sedimen di pulau Mantanani Kechil, Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk megenalpasti tabu ran dan hubungkait logam berat (Cd, Pb dan Cr) dalam rumpai laut C. lentillifera di stesen terpilih di Pulau Mantanani Kechil, Kota Belud. Sampel sedimen iaitu pasir juga telah diambil untuk mengenalpasti tabu ran kepekatan logam berat kajian dan pengaruhnya terhadap penumpukan logam berat dalam rumpai laut C. lentillifera dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai keadaan persekitaran. Sampel diambil di dua stesen yang berlainan yang terletak kira-kira 50 meter dari pesisir laut Pulau Mantanani Kechil. Sampel dianalisis dengan menggunakan kaedah penghadaman menggunakan asid nitrik (HNO₃) 65% dan dianalisis dengan menggunakan Spektrometri Serapan Atom (AAS). Nilai Pb dieatatkan dalam C. lentillifera adalah 14.84µg g⁻¹ bk, Cr ialah 11.19 µg g⁻¹ bk manakala Cd adalah 4.55 µg g⁻¹ bk. Sedimen pula mencatatkan nilai kepekatan Pb iaitu 51.22 µg g⁻¹ bk, Cr iaitu 9.28 µg g⁻¹ bk manakala Cd pula 4.14 µg g⁻¹ bk. Nilai kepekatan logam kajian yang paling tinggi dieatatkan dalam C lentillifera dan sedimen adalah sama dan menurun mengikut Pb>Cr>Cd. Nilai kepekatan logam kajian adalah masih pada tahap yang rendah dan kurang peneemaran logam berat yang berlaku di kawasan perairan Pulau Mantanani.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:heavy metal, seaweed, caulerpa lentillifera
Subjects:S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13537
Deposited By:IR Admin
Deposited On:28 Jun 2016 11:36
Last Modified:28 Jun 2016 11:36

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository