Kajian semasa kualiti air sungai di Hutan Simpan Menumbok Beaufort Sabah

Norsyazana Mohd Nasir, (2008) Kajian semasa kualiti air sungai di Hutan Simpan Menumbok Beaufort Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002927.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian kualiti air di Hutan Simpan Menumbok yang melibatkan Sungai Klias telah dijalankan pada 26 Disember 2007 dan 2 Februari 2008. Terdapat empat stesen persampelan yang terlibat dalam kajian ini iaitu stesen pertama di kolam ternakan ikan, stesen kedua merupakan kawasan kilang pemprosesan arang, seterusnya stesen ketiga iaitu kolam temakan udang dan stesen terakhir merupakan kawasan penempatan penduduk. Parameter kualiti air yang dikaji ialah suhu, pH, oksigen terlarut (DO), jumlah pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen biokimia (BOD), pennintaan oksigen kimia (COD), ammoniakal nitrogen (AN), kolifom najis dan jumlah bakteria koliform. Semua analisis dilakukan berdasarkan kaedah piawai (APHA, 1995). Julat nilai bagi keseluruhan parameter adalah seperti berikut : suhu (29.20-29.45 °C), pH (7.69-7.95), oksigen terlarut (2.48-3.53 mg/l), jumlah pepejal terampai (56.00-74.00 mg/l), permintaan oksigen biokimia (1.71 - 2.51 mg/l), permintaan oksigen kimia (16.0{}-22.40 mg/l), ammoniakal nitrogen (0.15-0.25 mg/l), kolifom najis (24-77 upk/l00ml) dan jumlah kolifom (64-140 upk/100ml). Nilai yang diperolehi adalah berbeza mengikut masa persampelan dan juga berdasarkan guna tanah di sepanjang sungai. Didapati kualiti air Sungai Klias dalam kelas I, namun begitu terdapat beberapa parameter iaitu oksigen terlarut, kolifom najis dan pepejal terampai berada dalam keadaan yang kurang memuaskan dengan kelas masing-masing kelas V, IIA dan III.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: water quality, parameter values, soil
Subjects: Q Science > QH Natural history
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Jun 2016 01:53
Last Modified: 07 Nov 2017 03:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13549

Actions (login required)

View Item View Item