Kajian diversiti orkid di plot kekal Gunung Alab dan Ulu Kimanis, Banjaran Crocker

Nurul Azira Mat Jusoh, (2008) Kajian diversiti orkid di plot kekal Gunung Alab dan Ulu Kimanis, Banjaran Crocker. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002928.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian diversiti orkid ini dijalankan untuk mengenalpasti spesies orkid yang terdapat di Plot Kekal Gunung Alab dan Plot Kekal Ulu Kimanis, menentukan jenis pola taburan bagi setiap spesies orkid dan melihat perbezaan diversiti di antara dua plot yang dikaji. Secara keseluruhannya, terdapat 25 spesies orldd di Plot Kekal Gunung Alab yang terdiri daripada genus Coelogyne, Bulbophyllum, Dendrohium, Cheionistele, Trichotosi, Ascidieria, Dendrochilum, Pholidola dan Eria. Di Plot Kekal Ulu Kimanis pula hanya terdapat tiga spesies yang terdiri daripada tiga genus iaitu Calonthe, Dipodium dan Appendicula. Jumlah individu orkid di Plot Kekal Gunung Alab adaIah sebanyak 2945 manakala di Plot Kekal Ulu Kimanis pula adalah 21 individu. Nilai indeks ShannonWeiner di Plot Kekal Gunung Alab ialah 1.983 dan Ulu Kimanis ialah 1.000. Bagi indeks Simpson pula, Plot Kekal Gunung Alab adalah bemilai 3.692 dan Ulu Kimanis bemilai 2.549. Indeks Sorensen untuk mengetahui persamaan spesies di antara dua plot adalah bernilai 0. Bagi pola taburan pula, secara keseluruhannya terdapat lapan spesies yang mempunyai pola taburan secara rawak, dua spesies yang mempunyai pola taburan secara seragam dan 18 spesies yang mempunyai pola taburan secara koloni. Analisis tanah menunjukkan tiada perbezaan yang ketara dari segi pH dan peratus kandungan air. pH tanah di Plot Kekal Gunung Alab ialah 4.58 dan di Plot Kekal Ulu Kimanis ialah 5.01. Bagi peratus kandungan air Plot Kekal Gunung Alab ialah 42.59 peratus dan di Plot Kekal Ulu Kimanis ialah 31.23 peratus. Berdasarkan kepada ujian statistik Mann-Whitney, nilai signifikan p bagi indeks Shannon-Weiner ialah 0.000 (z = -3.643, p<0.05) dan nilai signifikan p bagi indeks Simpson ialah 0.001(z = -3.259, p<0.05). Ini menunjukkan terdapat perbezaan diversiti yang signifikan di antara Plot Kekal Gunung Alab dan Plot Kekal Ulu Kimanis. Berdasarkan kepada nilai indeks diversiti, orldd lebih sesuai hidup di kawasan yang beraltitud tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: orchid, pattern, diversity
Subjects: Q Science > QH Natural history
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Jun 2016 01:53
Last Modified: 07 Nov 2017 03:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13553

Actions (login required)

View Item View Item