Perbezaan pH, nitrogen dan fosforus tanah di vegetasi akasia dengan hutan sekunder: satu kajian perbandingan di Universiti Malaysia Sabah

Nik Safilah Mat Daud, (2008) Perbezaan pH, nitrogen dan fosforus tanah di vegetasi akasia dengan hutan sekunder: satu kajian perbandingan di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002931.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Akasia merupakan tumbuhan asing yang telah dikomersialkan bagi membangunkan sektor hutan ladang di Sabah. Sejak berdekad lalu, tumbuhan ini dilihat semakin mendominasi kebanyakan kawasan yang terganggu. Namun, tumbuhan ini juga mengancam kemandirian tumbuhan tempatan dan menyesarkannya secara perlahanlahan. Indeks kualiti tanah adalah penting untuk mengenalpasti kawasan degrasi tanah bagi menganggarkan kualiti dan bagi memantau sebarang perubahan dalam kestabilan alam sekitar. Secara umumnya, indikator kimia tanah bergantung kepada aktiviti tanah yang berkaitan dengan kitaran makronutrien seperti nitrogen, karbon dan fosforus. Satu perbandingan antara makronutrien tanah dari kawasan akasia dengan hutan sekunder telah dilakukan. Empat kawasan yang berbeza vegetasi telah dipilih di sekitar kampus induk Universiti Malaysia Sabah dan 36 sampel tanah telah diambil. Tiga parameter (pH, nitrogen, dan fosforus) telah diambil daripada setiap sampel. Penentuan pH dilakukan dengan menggunakan larutan air, manakala nitrat ditentukan dengan kaedah cadmiun reduction dan larutan Mehlich-I bagi fosforus. HasH yang diperolehi menunjukkan nilai pH adalah paling tinggi di kawasan hutan sekunder dan paling rendah di kawasan vegetasi akasia Nilai nitrogen lebih tinggi di kawasan hutan sekunder berbanding kawasan vegetasi akasia, manakala nilai fosforus pula lebih tinggi dikawasan akasia berbanding kawasan hutan sekunder. Nitrogen menunjukkan hubungan korelasi positif yang lemah dengan pH, r=0.169 dan stesen, r=0.286, manakala fosforus pula menunjukkan hubungan korelasi negatif yang lemah dengan pH, r=-0.140 dan stesen, r=- 0.103 pada aras keertian p< 0.01. Faktor-faktor lain seperti kadar pencahayaan, hambatan kimia dan kandungan air dalam tanah memberi kesan kepada pendominasian akasia. Kajian lanjut mengunakan parameter lain perlu dijalankan untuk mengenalpasti punca kemandirian akasia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Acacia, soil degradations, environmental quality, secondary forest area, nutriens level
Subjects: Q Science > QH Natural history
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Jun 2016 01:53
Last Modified: 07 Nov 2017 03:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13557

Actions (login required)

View Item View Item