Analisis diversiti genetik dalam varieti padi tradisional dengan menggunakan penanda SSR yang bertaburan pada kromosom 8 dan 9

Safwan Rahmat, (2008) Analisis diversiti genetik dalam varieti padi tradisional dengan menggunakan penanda SSR yang bertaburan pada kromosom 8 dan 9. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002944.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Diversiti genetik bagi Oryza sativa L. tradisional di Malaysia telah dikaji berdasarkan 12 lokus mikrosatelit. Sebanyak 31 genotip telah dikumpul terutamanya yang berasal dari Sabah. Tahap diversiti genetik yang sederhana tinggi telah dicerap dengan nombor alel bagi setiap lokus adalah dari satu hingga empat (puratanya 2.333), dan peratusan polimorfisma adalah 91.67%. Heterozigositi yang dicerap (Ho) berjulat dari 0.00 hingga 0.5172 dengan nilai min 0.056, dan heterozigositi yang dijangka (Hd adalah dari 0.00 hingga 0.6062 dengan nilai min 0.4146. N ilai Polymorphism Information Content (PIC) tersebar dari 0.00 (RM321) hingga 0.5961 (RM257) dengan nilai purata 0.4078 setiap lokus. Jarak genetik berjulat dari 0.00 hingga 2.4636 dengan nilai jarak genetik tertinggi adalah di antara Simpangan A dan Darawal dan di antara Simpangan A dan Karapulut. Dendogram dibina berdasarkan nilai jarak genetik dan sampel dapat dibahagikan kepada dua kumpulan besar daripada gambar dendogram. Kajian telah menunjukkan penanda mikrosatelit adalah penanda molekul yang sangat efisyen dalam mengesan diversiti genetik di antara genotip tumbuhan yang mempunyai persamaan yang rapat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: genetic diversity, Oryza Sativa L., allele, dendogram
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jul 2016 02:22
Last Modified: 07 Nov 2017 03:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13571

Actions (login required)

View Item View Item