Analisis kesesuaian sistem PV di Sabah dengan menggunakan data meteorologi

Rinus Rumintal, (2008) Analisis kesesuaian sistem PV di Sabah dengan menggunakan data meteorologi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002949.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Dalarn pengurusan sumber tenaga pada hari ini. adalah perlu untuk kita melihat kepada tenaga solar dalarn semua aplikasi sebagai satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan kesesuaian penggunaan sistem solar di negeri Sabah. Kajian ini sarna sekali tidak menggunakan makmal dan juga kerjakerja lapangan. Ini kerana kajian ini hanya berbentuk analisis. Dalam kajian ini. pengkajian dan penyelidikan mengenai kajian-kajian berkenaan dengan tenaga solar yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu adalah dititikberatkan. Hal ini kerana, dengan mengkaji beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik terdahulu, banyak maklumat dan penemuan baru yang boleh dipelajari yang berkaitan dengan sistem PV. Dalam masa yang sarna, maklurnat yang telah dipelajari dan diperolehi daripada kajiankajian tersebut boleh digunakan untuk membantu menyiapkan kajian ini. Apa yang paling penting dalam menyiapkan kajian ini adalah data bagi sinaran cahaya matahari dan data bagi suhu. Data bulanan bagi sinaran cahaya matahari dan suhu telah diambil daripada empat stesen di Sabah iaitu stesen Kota Kinabalu, stesen Tawau Airport, stesen Sandakan Airport dan Kudat Airport. Kedua-dua data ini adalah diperlukan dalam kajian ini kerana suhu dan sinaran cahaya matahari ini memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan tenaga yang akan dikeluarkan oleh sistem PV. Berdasarkan kepada data yang telah diperolehi tersebut, analisis telah dilakukan dengan menggunakan perisian komputer yang dikenali sebagai Mathlab. Data-data tersebut dimasukkan dalam Mathlab dan analisis telah dibuat dalam bentuk. graf. Diketahui bahawa kesan suhu dan sinaran cahaya matahari sangat mempengaruhi kecekapan sel solar. Suhu yang terlalu tinggi boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kecekapan sel solar. Daripada analisis yang telah dibuat, purata suhu tahunan eli Sabah adalah agak kekal kerana perbezaan suhu sepanjang tahun adalah tidak terlalu berbeza. Purata suhu yang agak kekal ini adalah sangat sesuai bagi sebuah sistem PV.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: solar energy, data analysis, temperature, solar irradiation
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jul 2016 01:20
Last Modified: 07 Nov 2017 03:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13576

Actions (login required)

View Item View Item