Kajian pengaruh kelimpahan cahaya terhadap saiz dan bentuk daun Etlingera coccinea dalam hutan sekunder Ranau, Sabah

Noor Azlin Abd Rahman, (2008) Kajian pengaruh kelimpahan cahaya terhadap saiz dan bentuk daun Etlingera coccinea dalam hutan sekunder Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002958.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Persampelan dan pengumpulan data bagi kajian ini telah dilakukan di kawasan hutan tropika sekunder yang terletak di Kampung Kokob Baru, Ranau, Sabah. Tapak kajian ini dipilih kerana kawasan perkampungan ini mempunyai faktor persekitaran yang baik dan menyebabkan kekerapan individu "tuhau" yang tumbuh di kawasan hutan kampung ini hidup dengan subur. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti taburan Etlingera coccinea atau "tuhau" di kawasan kajian di samping untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi tumbesaran spesies tumbuhan ini bagi menilai pengaruh kelimpahn cahaya terhadap saiz dan bentuk daun Etlingera coccinea di kawasan kajian. Taburan individu "tuhau" dikaji dengan menggunakan kaedah persampelan kuadrat berukuran 25m². Bagi mengkaji saiz dan bentuk daun individu "tuhau" terhadap faktor kelimpahan cahaya, setiap helaian daun daripada pokok yang terpilih disurih di atas sehelai kertas graf dan keluasan daun yang meliputi setiap kotak kertas graf tadi dikira satu persatu dalam unit cm² dan panjang bagi daun tersebut turut diulrur dalam unit cm. Daripada ujian ANOVA, terdapat hubungan yang signifikan bagi bilangan individu Etlingera coccinea di setiap plot dengan nilai signifikan p ialah 0.109. Hasil ujian ANOVA yang dilakukan ke atas keluasan daun bagi setiap plot, hipotesis nol diterima dengan nilai p ialah 0.069 menunjukkan tidak terdapat perbezaan luas daun perkuadrat bagi setiap plot Bagairnanapun, basil ujian ANOVA yang dilakukan ke atas panjang daun bagi setiap plot, hipotesis alternatif diterima dengan nilai p ialah 0.022 yang menunjukkan terdapat perbezaan bagi panjang daun perkuadrat bagi setiap plot Pengaruh penerimaan cahaya yang berbeza-beza akan mempengaruhi bentuk dan saiz daun Etlingera coccinea. Pokok yang tumbuh di kawasan yang terdedah kepada kelimpahan cahaya yang tinggi lazimnya mempunyai jenis daun yang lebih panjang manakala pokok yang tumbuh di kawasan redup yang berkanopi lazimnya mempunyai jenis daun yang lebih lebar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tropical secondary forest, tuhau, Etlingera coccinea, quadrate
Subjects: Q Science > QH Natural history
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jul 2016 02:22
Last Modified: 20 Nov 2017 03:31
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13588

Actions (login required)

View Item View Item