Pencirian najis kambing kacukan boer Papar, Sabah menggunakan teknik Transformasi Fourier Inframerah (FTIR)

Masri Tamin, (2010) Pencirian najis kambing kacukan boer Papar, Sabah menggunakan teknik Transformasi Fourier Inframerah (FTIR). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002997.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian iaitu Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing Kacukan Boer yang terletak di Kampung Kabang, Papar, Sabah. Pusat ini adalah satu pusat ternakan kambing kacukan Boer yang dimiliki oleh Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan mula beroperasi pada akhir 2005.0bjektif kajian adalah untuk mengenalpasti unsur bahan yang terkandung dalam najis kambing sekaligus mendrikan unsur-unsur melalui pengelasan kumpulan berfungsi yang tertentu. Dalam kajian saya, empat jenis sampel telah digunakan iaitu daripada sampel najis kambing Boer jantan dewasa, najis kambing Boer betina dewasa, najis anak kambing Boer jantan dan najis anak kambing Boer betina. Keempat-empat sampel ini telah dibawa ke makmal Kimia Hasilan Semulajadi, Sekolah Sains dan Teknologi dan ditumbuk sehingga halus untuk dijadikan serbuk bagi melalul proses seterusnya iaitu analisis Transformasl Fourier Inframerah (FTIR). Sampel yang diletakkan ke dalam mesin FTIR akan menghasilkan spektrum Inframerah yang merangkumi plebagai maklumat mengenai kandungan yang terdapat dalam najis serta ikatan-ikatan molekul bahan tertentu.Kesemua spektrum sampel yang terhasil selepas diuji dengan teknik FTIR dianalisa mengikut kriteria yang lngin digunakan bagi mencapai analisis kajian. Didapati bahawa dua unsur utama dapat dikenalpasti iaitu nitrogen dan fosforus berdasarkan ciri-ciri pengelasan puncak dan posisi jalur kumpulan berfungsl puncak spektrum yang dihasilkan iaitu dari kumpulan Nitro(NOâ‚‚) dan Fosfat(POâ‚„). Selepas membuat perbandingan keputusan spektrum dengan rujukan lain, didapati ada persamaan spektrum unsur yang dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: livestock center, Boer hybrid goat, FTIR system
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Jul 2016 03:00
Last Modified: 20 Nov 2017 03:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13604

Actions (login required)

View Item View Item