Penentuan kafein dalam ubat analgesik dan minuman tenaga menggunakan kapilari elektroforesis

Isrul Izaimie Razali, (2008) Penentuan kafein dalam ubat analgesik dan minuman tenaga menggunakan kapilari elektroforesis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003013.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian penentuan kandungan kafein di dalam sampel ubat analgesik dan minuman tenaga telah dijalankan dengan kapilari elektroforesis pada suhu tetap 25 ºC dan voltan 13 kV serta menggunakan pengesan ultra lembayung (UV) pada panjang gelombang 200 run. Larutan penimbal yang digunakan adalah larutan borat 0.05 M yang ditambah dengan 100 mM SDS pada nilai pH 9.5. Kapilari yang digunakan adalah kapilari silika terlakur sepanjang 50 cm dari inlet ke outlet dan 40 cm dati inlet ke tetingkap pengesanan UV. Elektroferogram larutan piawai menunjukkan puncak kafein yang nyata diperolehi pada masa sekitar 9 minit. Lengkuk kalibrasi bagi kafein dalam julat kepekatan 10 ppm hingga 100 ppm mempunyai kelinearan yang baik iaitu R² = 0.9353. Penentuan kuantitatif kandungan kafein dalam sampel seterusnya dijalankan dengan menggunakan lengkuk kalibrasi kafein. Keputusan analisis menunjukan, kesemua sampel ubat analgesik dan minuman tenaga yang dikaji iaitu Cairox, Cafergot, Ali Cafe dan Red Guara mengandungi kafein yang masing-masing 0.88 mg, 0.85 mg, 0.27 mg dan 0.25 mg untuk setiap kali sajian atau pengambilan sampel.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: caffeine, analgesic, energy drinks, capillary electrophoresis
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Aug 2016 06:16
Last Modified: 20 Nov 2017 03:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13664

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository