Aktiviti antioksida daripada bahagian-bahagian pokok Morinda Citrifolia L. (Rubiaceae) yang berbeza

Rosnita Ismail, (2008) Aktiviti antioksida daripada bahagian-bahagian pokok Morinda Citrifolia L. (Rubiaceae) yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003017.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Jumlah kandungan polifenol, flavonoid dan aktiviti antioksida dikaji daripada ekstrak mentah bahagian buah, daun matang dan daun muda Morinda citrifolia dengan menggunakan tiga kaedah yang berbeza. Jumlah kandungan polifenol ditentukan dengan menggunakan kaedah polifenol manakala jumlah kandungan flavonoid ditentukan dengan menggunakan kaedah flavonoid. Peratusan aktiviti antioksida pula ditentukan dengan menggunakan kaedah 2,2-diphenyl-I-picrylhydrazyl (DPPH). Kesemua bahagian M citrifolia ini dikeringkan dalam oven pada suhu 40ºC manakala hanya bahagian daun matang dan daun muda dikeringkan pada suhu bilik iaitu 27ºC. Proses pengekstrakan dijalankan dengan menggunak.an kaedah solvent extraction dan Etanol 95 % digunakan sebagai pelarut dalam proses tersebut. Peratusan aktiviti antioksida yang paling tinggi didapati dalam buah M citrifolia manakala jumlah kandungan polifenol dan flavonoid yang paling tinggi didapati dalam daun matang M citrifolia. Kandungan polifenol dan flavonoid adalah tinggi dalam sampel yang dikeringkan dalam suhu bilik manakala aktiviti antioksida adalah tinggi dalam sampel yang dikeringkan menggunakan oven. Hubungan negatif wujud dalam jumlah kandungan flavonoid dengan peratus aktiviti antioksida

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: polyphenol, flavonoid, antioxidant activities, Morinda citrifolia, extraction
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Aug 2016 06:15
Last Modified: 20 Nov 2017 03:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13667

Actions (login required)

View Item View Item