Penjadualan tugas ahli bomba menggunakan kaedah pengaturcaraan gol 0-1

Low, Sieur Chuan (2010) Penjadualan tugas ahli bomba menggunakan kaedah pengaturcaraan gol 0-1. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003074.pdf

Download (507kB) | Preview

Abstract

Penjadualan tugas anggota bomba merupakan perkara yang penting untuk memastikan tenaga kerja bomba digunakan sepenuhnya supaya proses atau perkhidmatan bomba dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan sistematik. Penjadualan tugas yang cekap dapat menjamin perkhidmatan bomba yang profesional untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar. Proses penjadualan tugas melibatkan beberapa polisi yang perlu dipenuhi, iaitu bilangan minimum ahli bertugas sehari, mengelakkan ahli bomba bertugas secara berturutturut pada hari yang sama dan mempertimbangkan bilangan hari cuti. Permintaan yang diambil kira adalah seperti bilangan hari bertugas yang sama per jadual dan bilangan hari cuti bagi setiap ahli adalah sama. Model yang dibangunkan adalah menggunakan sumber data daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Sembulan Kota Kinabalu. Penggunaan Kaedah pengaturcaraan gol 0-1 adalah untuk menyelesaikan masalah penjadualan tugas. Jadual tugas yang akan dibina adalah untuk kegunaan selama dua minggu dan perisian LINGO akan digunakan untuk menyelesaikan model-model yang dibina. Hasil penyelesaian yang diperoleh daripada LINGO dapat memaparkan corak tugas yang sama rata di kalangan ahli bomba dari segi bilangan hari bertugas, bilangan orang ahli dalam satu syif dan bilangan cuti. Oleh itu, percubaan kaedah pengaturcaraan gol 0-1 mungkin dapat menyelesaikan masalah penjadualan tugas Balai Bomba.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: LINGO, fireman scheduling, Programming method
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Aug 2016 06:15
Last Modified: 20 Nov 2017 03:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13689

Actions (login required)

View Item View Item