Pengumpulan logam berat oleh Typha angustifolia dalam sistem tanah lembap dalam keadaan saliran asid lombong (AMD) di bekas lombong Tembaga Mamut, Ranau

Lo, Vun Yen (2010) Pengumpulan logam berat oleh Typha angustifolia dalam sistem tanah lembap dalam keadaan saliran asid lombong (AMD) di bekas lombong Tembaga Mamut, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003092.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kepekatan cadmium (Cd), chromium (Cr), kuprum (Cu), ferum (Fe), plumbum (Pb), nikel (Ni) and zink (Zn) dalam bahagian akar, batang, daun Typha angustifolia telah diuji di mana ia ditanam dalam sistem tanah lembap dalam keadaan saliran asid lombong (AMD). Lokasi kajian ini dijalankan di bekas lombong tembaga Mamut, Ranau, Sabah. Typha angustifolia yang mempunyai ketinggian 40 cm hingga 60 cm dipindah-tanam dari Tanjung Upat, Kota Kinabalu ke tempat kajian. Manakala, 20 tumbuhan T. angustifolia telah dipindah-tanam ke dalam pasu yang terletak di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah di mana ia tidak didedahkan kepada AMD. Kepekatan logam berat dalam T. angustifolia yang didedahkan kepada AMD dan juga yang tidak didedahkan kepada AMD dianalisis pada hari ke-0 hari dan hari ke-60. Komposisi logam-logam berat dalam sampel tumbuhan diekstrak dengan menggunakan asid nitric, 65% dan asid perklorik, 70% dengan menggunakan kaedah penghadaman basah. Kandungan logam be rat dalam larutan ekstrak tumbuhan ditentukan dengan menggunakan alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Pada akhir eksperimen, keputusan menunjukkan bahawa Fe mempunyai kepekatan logam be rat yang tertinggi dalam T. angustifolia. Manakala, kepekatan logam berat yang terendah ialah Cd. Jumlah kepekatan logam berat dalam tumbuhan yang didedahkan kepada AMD adalah lebih tinggi berbanding tumbuhan yang tidak didedahkan kepada AMD. Walaubagaimanapun, jumlah kepekatan logam berat dalam T. angustifolia untuk kedua-dua situasi ini telah menurun pada hari ke-60 berbanding dengan hari ke-0. Ini mungkin disebabkan oleh tekanan terhadap tumbuhan kebiasaanya berlaku pada hari ke-60 yang disebabkan oleh pembatasan nitrogen. Hanya logam Cr, Cu dan Fe meningkat dalam tumbuhan pada hari ke-60 selepas didedahkan kepada AMD. Secara keseluruhannya, bahagian akar menunjukkan pengumpulan kandungan logam berat yang tertinggi berbanding bahagian batang dan juga daun. Ini adalah kerana tisu akar lebih terdedah kepada logam berat kerana terendam di dalam air dan ia mempunyai sistem akar-rizom yang berkembang dengan baik

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: acid mine drainage, wetland system, Typha angustifolia
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:38
Last Modified: 13 Nov 2017 02:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13709

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository