Kesan baja NPK hijau dan kepadatan pokok ke atas hasil tanaman jagung manis (Zea mays Saccharata var.Masmadu)

Pong, Vui Mei (2008) Kesan baja NPK hijau dan kepadatan pokok ke atas hasil tanaman jagung manis (Zea mays Saccharata var.Masmadu). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003093.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah untuk mengkaji kesan pemberian kadar baja NPK hijau (150, 300 kg/ha dan kawalan), kepadatan pokok (empat dan enarn pokok per plot) dan interaksi kadar baja dan kepadatan pokok ke atas hasil tanarnan jagung manis (Zea mays Saccharata var.Masmadu). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk rawak lengkap (CRD) dengan empat replikasi. Pengurusan tanaman seperti pengapuran dan penyiraman diberikan pada kadar yang sarna Hasil kajian secara amnya menunjukkan bahawa hasil tongkol segar, berat biji segar, kandungan gula dalam biji, tumbesaran akar, tumbesaran vegetatif dan tumbesaran rumpai ditingkatkan oleh pemberian kadar baja tinggi ke atas kepadatan pokok rendah. Didapati bahawa pokok yang diberi kadar baja tinggi (300 kg/ha) dan mempunyai kepadatan rendah (4 pokok/plot) menghasilkan peningkatan bilangan tongkol segar per plot (tujuh tongkol/plot), berat biji segar per tongkol dan per pokok (33.8 g, 56.6g), per plot (226 g), dan kandungan gula dalam biji (9.98 Brix). Peningkatan hasil biji dengan pemberian kadar baja tinggi berkait rapat dengan peningkatan twnbesaran akar, batang dan daun. Kesan positif kadar baja NPK hijau dikurangkan oleh kepadatan tinggi. Pada kepadatan pokok rendah, pertumbuhan rumpai mengikuti respons yang sarna seperti bahagian vegetatif jagung, tetapi pada kepadatan pokok tinggi, pertumbuhan rumpai merosot kerana penetrasi cahaya melalui kanopi jagung berkurangan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: fertilizers, plant density, maize, replication
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:29
Last Modified: 13 Nov 2017 02:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13710

Actions (login required)

View Item View Item