Aplikasi GIS dalam penyediaan laporan EIA di SABAH

Nurhidayah Harun, (2008) Aplikasi GIS dalam penyediaan laporan EIA di SABAH. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003104.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penyediaan laporan EIA dianggap sebagai suatu keperluan dalam pelaksaan suatu projek yang diyakini mendatangkan impak kepada alam sekitar. Kajian ini telah dilakukan bagi melihat aplikasi GIS dalam penyediaan laporan EIA di Sabah. Kajian dibuat dengan melakukan senarai semak dan penilaian ke atas 50 laporan EIA dari tahun 2000 hingga 2007 melalui pembahagian bab, dan jenis projek. Temuramah turut dibuat bagi mendapatkan pandangan perunding dan pegawai GIS tentang aplikasi GIS dalam penyediaan laporan EIA di Sabah. Daripada pengelasan penggunaan GIS berdasarkan bab, didapati bab satu ialah 12.5%, bab dua, 21.8%, bab tiga ialah 68.75%, bab empat, 50%, bab lima ialah 46.88% dan sebanyak 40.63% dalam bab enam. Daripada 32 laporan EIA hasil yang diperoleh mengenai penggunaan GIS, 34.38% adalah daripada laporan kuari. sebanyak 25% perhutanan. sebanyak 6.13% adalah laporan projek rekreasi dan pelancongan, manakala 9.38% ialah laporan projek infrastruktur, sebanyak 12.5% laporan projek petroleum, dan 3.13% adalah laporan projek perumahan, penjanaan dan pemancaran kuasa, bekalan air, dan projek tebus guna. Penggunaan GIS yang tertinggi terdapat dalam bab tiga iaitu sebanyak 68.75% dan pada tahun 2007 sebanyak 37.5%.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: GIS, EIA reports, 2000 - 2007
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:18
Last Modified: 13 Nov 2017 02:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13719

Actions (login required)

View Item View Item