Tahap pengetahuan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap faktor-faktor risiko kanser payudara

Pue, Wan Shieng (2010) Tahap pengetahuan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap faktor-faktor risiko kanser payudara. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003106.pdf

Download (654kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengkaji kesedaran pelajar-pelajar universiti terhadap faktor-faktor risiko kanser payudara. Objektif pertama ialah mengkaji corak taburan terhadap tahap kesedaran pelajar-pelajar universiti ke atas faktor-faktor risiko kanser payudara. Objektif kedua ialah menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pelajar-pelajar universiti ke atas faktor-faktor risiko kanser payudara. Objektif ketiga ialah memodelkan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran pelajar-pelajar universiti ke atas faktor-faktor risiko kanser payudara. Borang soal-selidik digunakan untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Seramai 100 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah terlibat sebagai responden kajian ini. Ujian rintis menunjukkan nilai Cronbach's Alpha 0.747. Metodologi kajian yang digunakan ialah statistik perihalan dan regresi berganda. Statistik perihalan telah dilakukan untuk memperlihatkan bilangan pelajar universiti yang berpengetahuan tentang faktor-faktor risiko kanser payudara dengan mengira skor yang diperolehi oleh mereka. Keputusan statistik perihalan menunjukkan pelajar universiti memperolehi skor 66.67 dan skor 75. Dari segi jantina, kebanyakan pelajar lelaki universiti mendapat skor 75 manakala kebanyakan pelajar perempuan universiti mendapat skor 66.67. Kaedah model regresi berganda juga digunakan untuk menganalisiskan data-data yang diperolehi. Keputusan model regresi berganda menunjukkan pembolehubah tak bersandar X2, CGPA yang terdapat dalam model regresi berganda mempengaruhi skor pengetahuan ke atas faktor-faktor risiko kanser payudara yang diperolehi oleh pelajar-pelajar universiti. Pelajar-pelajar universiti yang mempunyai CGPA yang tinggi memperolehi skor pengetahuan yang tinggi ke atas faktor-faktor risiko kanser payudara.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: awareness, breast cancer, knowledge level
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:18
Last Modified: 13 Nov 2017 02:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13724

Actions (login required)

View Item View Item