Geologi am dan geologi struktur kawasan Pekan Kundasang

Cornelius Saudek, (2008) Geologi am dan geologi struktur kawasan Pekan Kundasang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003108.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar Pekan Kundasang iaitu kira - kira 15 km daripada pekan Ranau dan 80 km daripada Bandar Kota Kinabalu. Secara amnya, kawasan kajian terletak pada garis longitud 1160 31' T hingga 1160 37' T dan garis latitud 5° 56' U hingga 6° 2' U dan berkeluasan seluas 110 km². Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji keadaan geologi am dan geologi struktur sekitar Kundasang. Formasi yang terdapat di kawasan kajian adalah Formasi Trusmadi, Formasi Crocker dan Endapan kerikil Pinousuk. Formasi Trusmadi terbahagi kepada empat jenis litologi iaitu batuan berargilit, jujukan selang lapis (turbidit), breksia, batu pasir massif dan batuan volkanik. Formasi Crocker pula dapat dikelaskan kepada lima unit batuan iaitu unit batu pasir tebal, unit batu pasir tebal selang lapis dengan syal, unit batu pasir sederhana selang lapis dengan syal, unit batu pasir nipis selang lapis dengan syal, dan unit syal merah tebal. Manakala endapan Kerikil Pinousuk terdiri daripada gravel bersaiz kelikir dan matriks yang terdiri daripada pasir dan lumpur. Analisis geologi struktur kawasan kajian menunjukkan terdapat dua arab canggaan yang utama iaitu Timur Laut - Barat Daya dan Barat Laut - Tenggara. Formasi Trusmadi menunjukkan arab canggaan dominan yang berarah Timur Laut - Barat Daya manakala Formasi Crocker pula mempunyai arah canggaan dominan berarah Barat Laut - Tenggara.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Trusmadi Formation Crocker, Formation, Pinousuk Gravel, Kundasang
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:12
Last Modified: 13 Nov 2017 02:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13727

Actions (login required)

View Item View Item