Taburan alga-bahaya di perairan pinggir pantai Kota Kinabalu, Sabah

Clarice Suter, (2008) Taburan alga-bahaya di perairan pinggir pantai Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003110.pdf

Download (665kB) | Preview

Abstract

Satu kajian untuk mengetahui taburan alga-bahaya di kawasan perairan pinggir pantai Kota Kinabalu, Sabah telah dijalankan dari bulan September 2007 sehingga Februari 2008. Sebanyak 14 stesen persampelan yang merangkumi empat transek serta dua stesen tunggal telah dipilih di sepanjang kawasan Teluk Sepanggar sehingga Tanjung Aru. Kaedah persampelan, pengawetan dan pengiraan sel alga-bahaya telah dijalankan. Sebanyak 13 spesies alga-bahaya yang terdiri daripada 9 genus telah dijumpai di kawasan kajian. Dinoflagelat dari genus Cochlodinium serta diatom dari genus Chaeloceros merupakan alga-bahaya yang paling dominan di kawasan perairan pinggir pantai Kota Kinabalu yang mana kedua-dua spesies ini diketahui merupakan spesies alga yang berpotensi menyebabkan kejadian ledakan populasi alga-bahaya (HAD). Selain itu, terdapat juga beberapa genera HAB lain yang iaitu Pyrodinium, Gymnodinium, Ceralium, Dinophysis, Prorocentrum dan Alexandrium yang tergolong dalam kumpulan dinoflagelat serta Skelelonema dari kumpulan diatom. Daripada ujian ANOVA, didapati terdapat perbezaan bererti antara bilangan alga-bahaya pada setiap stesen persampetan (p<0.05). Maka, taburan atga-bahaya di kawasan perairan pinggir pantai Kota Kinabalu adalah tertabur secara tidak sekata. Hasil kajian menunjukkan bahawa dinoflagelat merupakan fitoptankton yang dominan di kawasan perairan pinggir pantai Kota Kinabalu. Data mengenai taburan atga-bahaya yang diperoleh ini boleh digunakan sebagai panduan untuk tujuan penyelidikan pada masa hadapan dan juga dalam menguruskan spesies alga-bahaya yang berpotensi menyebabkan HAB di kawasan perairan pinggir pantai Kota Kinabatu, Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: harmful-algae, dinoflagellates, genus Cochlodinium, genus Chaetoceros
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:11
Last Modified: 13 Nov 2017 02:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13730

Actions (login required)

View Item View Item