Penggunaan logo halal pada label makanan dalam mempengaruhi kuasa beli pengguna ,muslim dan bukan muslim

Azma Nizar Abu Manshor, (2006) Penggunaan logo halal pada label makanan dalam mempengaruhi kuasa beli pengguna ,muslim dan bukan muslim. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000208.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Kaji selidik ini dijalankan bertujuan mengkaji logo halal pada label makanan mempengaruhi kuasa beli pelangan muslim bukan muslim atau tidak, melihat tahap penerimaan logo halal pada label makanan di kalangan pelanggan dan melihat tahap pemahaman pengguna tentang logo halal dan makanan halal. Kajian ini di jalankan ke atas 400 orang responden (215 orang respoden muslim dan 185 orang responden bukan muslim) yang ditemui di pusat membeli-belah sekitar Kota Kinabalu dengan menggunakan kaedah Borang soaI-sselidik yang digunakan menggandungi 5 bahagian iaitu demografi responden, pengaruh logo halal semasa membeli, penerimaan logo halal, pemahaman logo halal, dan pendapat ter.hadap beberapa lsu-isu semasa berkaitan logo halal dan makanan halal. Semua data yang di sis menggunakan perisian SPSS Vll(Slalislica l Packages for Social Sciences}. Kaedah analisis yang digunakan adalah frekuensi, analisis kali kedua dengan pekali Phi cramer, anaIlsis dikotomi berganda dan analisis Friedman. Daripada keputusan yang diperolehi didapati logo halal mempengaruhi kuasa beli pengguna muslim dimana 79% responden muslim tidak akan membeli produk makanan yang tiada logo halal. Logo halal tidak mempengaruhi kuasa beil pengguna bukan muslim dimana 56% responden bukan muslim tetap membeli produk makanan yang tiada logo halal. Sebanyak 92% responden berpuas hati dengan bentuk logo halal yang sedia. Dengan purata jawapan betul 50% menunjukkan majoriti responden samaada muslim atau bukan muslim memahaml apa yang dlmaksudkan sebagai makanan halal. Responden juga mengetahui apa yang dikatakan logo halal dengan kekerapan . 50 % bagi pilihan yang betul. Pengguna Juga mengenali bentuk logo halal Malaysia laitu masing-masing 93.8% dan 63.3% untuk dua bentuk yang betuL Pembuktian hipotesis dilakukan dengan menggunakan ujian Khi Dua antara pernbolehubah agama dan pengaruh logo halal yang menghasilkan X²=74.145 ~ X² 0.95.2 dengan nilai P=0.00 < 0.05. Ini menunjukkan terdapat perkaitan antara kedua-dua pernbolehubah tersebut. Hubungan diantara keduanya adalah tinggi dengan nilai pekali Phi Cramer, 0 CS>C=0.395 (Jadual 4.32). Daripada ujian Khi Kuasa dua yang dilakukan, hipotesis alternatif laitu logo halal mempengaruhi kuasa beil pengguna mengikut agama diterima. dibuat berdasarkan jadual Crostabulation bahawa logo halal mempengaruhi kuasa beli pengguna Muslim tetapi tidak mempengaruhi kuasa beli pengguna Bukan Muslim.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food label, Halal logo
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 04 Aug 2011 05:06
Last Modified: 12 Oct 2017 08:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1427

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository