Taburan logam terpilih Pb, Cd dan Cr di dalam sedimen dan Caulerpa lentilifera Pulau Mantanani Besar, Kota Belud, Sabah

Hasnawati Mustamin, (2014) Taburan logam terpilih Pb, Cd dan Cr di dalam sedimen dan Caulerpa lentilifera Pulau Mantanani Besar, Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
633Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti taburan dan hubungkait logam berat Pb, Cd dan Cr dalam rumpai laut, C. lentllifera dan sedimen di tiga stesen terpilih di Pulau Mantanani Besar, Kota Belud. Analisis sampel dijalankan dengan menggunakan kaedah penghadaman iaitu menggunakan asid nitrik (HNO3) berkepekatan 65% dan Spektrometri Serapan Atom (AAS). Nilai purata kepekatan dicatatkan dalam C lentilifera adalah Pb 0.414 µg⁻¹, Cd 0.055 µg g⁻¹ dan Cr sebanyak 0.019 µg g⁻¹. Sectimen pula mencatatkan nilai kepekatan Pb iaitu 0.493 µg g⁻¹, Cd 0.063 µg g⁻¹ dan Cr 0.047 µg g⁻¹. Oleh itu, nilai kepekatan logam berat secara keseluruhan bagi kedua-dua sedimen dan C lentilifera mengikut urutan menurun adalah Pb > Cd > Cr. Tambahan pula, faktor translokasi Pb yang tinggi iaitu 3.4 dan Cr, 5.5 manakala bagi logam Cd, 2.9. Bagi faktor pengayaan pula, pengayaan yang tinggi bagi logam Pb iaitu 2.1 bagi logam Cd, 2.9 dan Cr 1.2. Secara keseluruhan, nilai kepekatan logam di kawasan kajian adalah masih pada tahap yang rendah dan tidak dicemari kerana masih dibawah piawai yang dibenarkan oleh Interim Sediment Quality Guidelines dan Jadual Keempat Belas (Peraturan 38) Peraturan-peraturan Makanan Malaysia 1985 serta kurangnya aktiviti pencemaran di kawasan perairan Pulau Mantanani Besar.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:heavy metal, seaweed, Mantanani Besar Island, digestion method, sediment
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
ID Code:14629
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 Oct 2016 12:31
Last Modified:18 Oct 2016 12:31

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository