Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia, 1957–1966

Sharifah Darmia Sharif Adam, (2014) Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia, 1957–1966. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134 . pp. 305-315. ISSN 1877-0428

[img]
Preview
PDF
47Kb

Official URL: http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.253

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang perkembangan bahasa kebangsaan selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga tahun 1966. Perbincangan akan difokuskan terhadap usaha kerajaan dalam melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan khususnya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Selain itu, perbincangan turut mengupas masalah yang dihadapi dalam melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan. Hal ini kerana sesuatu yang lazim bagi sesebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum akan berhadapan dengan masalah untuk mencapai perpaduan disebabkan perbezaan latar budaya, bahasa, kepercayaan dan lain-lain yang begitu ketara. Oleh itu, menyedari kepentingan perpaduan dalam memastikan pembangunan negara maka bahasa Melayu difikirkan salah satu medium yang akan dapat mencapai perpaduan tersebut. Namun begitu, sudah tentu terdapat cabaran dan reaksi yang terpaksa dihadapi dan ditangani dalam usaha untuk melaksanakan pengembangan bahasa kebangsaan daripada pihak-pihak yang kurang berpuas hati khususnya orang bukan Melayu. Tempoh masa sepuluh tahun yang dipilih pula merupakan suatu tempoh yang menarik untuk dibincangkan kerana Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah menetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan. Tetapi dalam perlembagaan itu juga telah disebut bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bersama-sama boleh digunakan dalam tempoh sepuluh tahun tersebut. Ini bermakna, bahasa kebangsaan bukan sahaja akan disaingi hebat oleh bahasa Inggeris tetapi juga perjuangan dan usaha untuk memastikan supaya bahasa kebangsaan terus berkembang maju akan berhadapan dengan pelbagai rintangan. Namun, setelah pelbagai usaha giat dilaksanakan kerajaan akhirnya ia berhasil apabila penggunaan bahasa kebangsaan bukan sahaja mula meluas digunakan dalam bidang pentadbiran kerajaan tetapi juga dilihat telah mampu menjadi medium untuk menyebarkan ilmu pengetahuan sehingga ke hari ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Kebangsaan, perpaduan, orang Melayu
Subjects:P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions:SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
ID Code:14639
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 Oct 2016 12:14
Last Modified:18 Oct 2016 12:14

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository