Sekuriti makanan dan pemakanan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi sekitar Kota Kinabalu

Norasmida Hussain, (2015) Sekuriti makanan dan pemakanan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Sekuriti makanan ialah satu situasi apabila semua orang, pada setiap masa, mempunyai akses ekonomi, fizikal dan sosial kepada makanan berkhasiat, mencukupi dan selamat yang mencapai keperluan diet bagi kehidupan yang sihat dan aktif. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan sama ada pelajar di institusi pengajian tinggi sekitar Kota Kinabalu mengalami insiden insekuriti makanan ataupun tidak. Kajian ini melibatkan 378 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kota Kinabalu. Dapatan kajian menunjukkan 4S.8% (N=173) pelajar adalah sekuriti makanan manakala 54.2% (N=205) pelajar mengalami insekuriti makanan. Faktor yang menyebabkan insekuriti makanan dalam kalangan pelajar yang telah di kenalpasti dalam kajian ini adalah pendapatan isirumah, bilangan tanggungan, pilihan makanan, harga makanan dan kewangan. Terdapat hubungan yang signifikan (p<0.001) antara sekuriti makanan dan pendapatan isirumah (X²=77.7, p=<0.001) serta jumlah tanggungan (X²=S1.8, p=<0.001). Kesan insekuriti makanan kepada pelajar pula adalah pelajar meninggalkan waktu makan dan pengambilan makanan segera seperti mee segera. Indeks Jisim Badan (BMI) tidak mempunyai hubungan yang signifikan (p>0.05) dengan sekuriti makanan (X²=6.45, p=0.265). Ukur lilit pinggang pula menunjukkan hubungan yang signifikan (p<0.001) dengan sekuriti makanan (X²=76.7, p=<0.001). Majoriti daripada pelajar membeli makanan yang murah bagi mengatasi insekuriti makanan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:healthy food, food insecurity, higher education institutions
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
ID Code:14669
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 Oct 2016 09:48
Last Modified:18 Oct 2016 09:48

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository