Analisis Al-Maf’ul Al-Mutlaq dalam surah–surah Al-Mufassal: satu kajian kemukjizatan linguistik al-quran

Saini Ag. Damit, and Bambang Muhamad Rafadi Yusoff, (2014) Analisis Al-Maf’ul Al-Mutlaq dalam surah–surah Al-Mufassal: satu kajian kemukjizatan linguistik al-quran. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134. pp. 283-290. ISSN 1877-0428

[img]
Preview
Text
Analisis_Al.pdf

Download (48kB) | Preview

Abstract

Korpus kajian ini melibatkan dua dimensi iaitu dimensi agama dan dimensi linguistik. Dimensi agama dapat dijelaskan melalui penglibatan al-Quran yang mendasari kajian ini. Sementara dimensi linguistik dapat dikesan melalui pengaplikasian bahasa Arab yang merupakan medium al-Quran itu sendiri. Salah satu elemen tatabahasa bahasa Arab dalam gugusan “akusatif� (al-Mansubat) iaitu al-Mafcul al-Mutlaq (absolute accussive) dipilih sebagai wacana kajian bagi membuktikan bahawa kemukjizatan linguistik al-Quran bukan sahaja terletak pada keunggulan retorika dan seni sasteranya, namun ianya bermula daripada keunggulan pembentukan sistem sintaksis (al-Tarkib) dan morfologinya (al-sarf). Bagi menjelaskan fenomena ini, surah-surah al-Quran dari ketegori al-Mufassal iaitu bermula dari surah Qaf hingga surah al-Nas dianalisis secara induktif bagi mendapatkan data-data yang relevan dan signifikan untuk mengesan aspek-aspek kemukjizatan yang terkandung dalam pembentukan sintaksis dan pola morfologi elemen al-Mafcul al-Mutlaq. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik analisis dokumen dan kajian keperpustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesignifikanan di antara pengaplikasian elemen al-Mafcul al-Mutlaq dengan jenis-jenis ayat al-Quran yang terdiri daripada ayat-ayat al-Makkiyyah dan al-Madaniyyah, dan terdapat juga kesignifikanan penggunaan al-Mafcul al-Mutlaq dalam surah-surah al-Mufassal dalam al-Quran yang dapat membuktikan bahawa skop kemukjizatan linguistik al-Quran dapat diperhati dan diteliti dalam sistem-sistem yang lebih kecil seperti sistem fonologi, morfologi dan sintaksisnya yang mendasari pembentukan dan kewujudan unsur-unsur wacana dan primasastera al-Quran yang sememangnya menjadi icjaz yang mencabar kelemahan dan kekurangan setiap yang mencabarnya dalam alam linguistik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemukjizatan al-Quran; linguistik; bahasa Arab; al-mafcul al-mutlaq; al-makkiyyah; al-madaniyyah; al-mufassal
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Nov 2016 07:44
Last Modified: 23 Oct 2017 07:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/14881

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository