Penghasilan minuman terus buah avokado campuran sengkuang cina

Talissa R. Kiandee, (2007) Penghasilan minuman terus buah avokado campuran sengkuang cina. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000067.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan minuman terus buah avokado (Persea americana sp) campuran sengkuang cina (Eleocharis dulcis) Sebanyak sembilan formulasi telah dihasilkan dan empat formulasi terbaik dipilih menggunakan ujian pemeringkatan BIB (Balanced Incomplete Block). Formulasi F2. F3, F6 serta F4 telah dipilih untuk menjalani ujian hedonik. Keputusan ujian hedonik menunjukkan bahawa formulasi F3 telah mendapat min skor yang tertinggi dalam setiap atribut yang diuji, iaitu iaitu 5.30 bagi atribut warna. 4.97 bagi atribut kemanisan, 5 27 bagi atribut rasa, 5.17 bagi atribut tekstur, 4.83 bagi atribut aroma dan 5.27 bagi atribut penerimaan keseluruhan. Sampel yang mengandungi 25% puri avokado serta 20% cebisan sengkuang cina ini telah dipilih sebagai formulasi terbaik bagi produk akh1r. Mutu simpanan produk telah diuji selama dua minggu pada suhu 4°C dan didapati bahawa produk berubah warna serta aroma pada akhir penyimpanan. pH produk telah meningkat dari 4.22 ke 5.72 dan kandungan pepejal terlarut diperhatikan menurun dari 15.5°Brix ke 14.8°Brix. Analisis proximat telah dijalankan di mana kandungan lembapan, lemak, serat kasar serta abu didapati bernilai 87.20, 4.03. 1.92 dan 2.93 masing-masing. Kajian kualiti mikrobiologi menunjukkan bahawa kiraan mikrobiologi meninpkat dari < 85 X 10 (est) CFU/ml pada hari pertama penyimpanan ke 1.9 x 10 CFU/mI pada hari ke-13 penyimpanan. Hasil dari ujian pengguna menunjukkan seramai 56% responden menyukai minuman tersebut dan 52% akan membelinya jika terdapat di pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Avocado, Persea americana sp., Chinese Water Chestnut, Eleocharis dulcis
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 26 May 2011 06:41
Last Modified: 12 Oct 2017 08:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1498

Actions (login required)

View Item View Item