Pemilihan berita dari perspektif wartawan media cetak di Malaysia

Lee, Kuok Tiung and Siti Suriani Othman, and Liana Mat Nayan, (2013) Pemilihan berita dari perspektif wartawan media cetak di Malaysia. Malaysian Journal of Communication , 29 (2). pp. 51-68. ISSN 2289-151X

[img]
Preview
PDF
47Kb

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_...

Abstract

Pelbagai peristiwa berlaku setiap hari. Namun, tidak semua peristiwa ini menjadi berita (Fleming et al. 2006, Lippmann [1950], 2006). Berikutan itu, persoalan asas yang sering ditanya adalah ‘Apakah yang menjadikan sesebuah peristiwa kepada berita?’ Untuk menjawab persoalan ini, banyak kajian media dilakukan untuk mengkaji dan mengenal pasti kriteria nilai berita yang secara implisit dan eksplisitnya mempengaruhi keputusan membuat berita. Namun, kajian banyak tertumpu kepada bentuk kuantitatif, terutamanya analisis kandungan (Galtung & Ruge 1965, Harcup & O’Neil 2001). Kajian ini cuba mengkaji nilai berita dalam akhbar Malaysia melalui kaedah kajian kualitatif iaitu melalui kaedah temubual dengan wartawan. Pendekatan ini melihat berita daripada perspektif individu yang terlibat dalam pembikinan berita (Harisson 2006). Pengkajian terhadap persoalan asas dalam kewartawanan ini bukan isu remeh dan menjadi satu usaha untuk menjana semula kekuatan ilmu media di Malaysia. Kajian yang meneroka perspektif pengamal media yang merupakan aktor utama dalam proses membuat berita memberi kupasan lebih mendalam dalam menjawab persoalan asas dalam ilmu kewartawanan ini dalam konteks tempatan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:News selection, print journalism, qualitative study, Malaysia
Subjects:P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions:FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
ID Code:15193
Deposited By:IR Admin
Deposited On:20 Dec 2016 16:19
Last Modified:20 Dec 2016 16:19

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository