Analisis perbandingan efikasi pengajaran dalam kalangan guru bahasa melayu tahun satu

Mohd Khairuddin Abdullah, and Halimah Laji, (2015) Analisis perbandingan efikasi pengajaran dalam kalangan guru bahasa melayu tahun satu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1). pp. 10-17. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
46Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan efikasi pengajaran guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun satu sekolah rendah di negeri Sabah. Responden kajian ini melibatkan sebanyak 429 orang guru Bahasa Melayu tahun satu di seluruh negeri Sabah yang dipilih secara rawak bertujuan. Satu set soal selidik bagi mengukur efikasi pengajaran diadaptasi daripada soal selidik “Teacher Efficacy Scale” (TES) Gibson dan Dembo. Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti min, kekerapan, sisihan piawai, dan ANOVA Sehala dioperasikan. Dapatan kajian menunjukkan skor min efikasi pengajaran berada pada tahap yang kuat. Analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan bahawa (i) tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi pengajaran guru berdasarkan kelayakan ikhtisas (ii) terdapat perbezaan efikasi pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:comparison, efficacy, teaching, teacher, Malay language
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions:FACULTY > Faculty of Psychology and Education
ID Code:15235
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 Dec 2016 10:02
Last Modified:16 Dec 2016 10:02

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository