Pemilihan bingkai dan sumber untuk pembingkaian berita nasional dalam akhbar arus perdana di Malaysia: suatu tinjauan dalam kalangan wartawan belia

Lee, Kuok Tiung and Siti Suriani Othman , and Liana Mat Nayan , (2013) Pemilihan bingkai dan sumber untuk pembingkaian berita nasional dalam akhbar arus perdana di Malaysia: suatu tinjauan dalam kalangan wartawan belia. Jurnal Intelek , 8 (1). pp. 31-42. ISSN 2231-7716

[img]
Preview
PDF
44Kb

Official URL: http://jurnalintelek.uitm.edu.my/index.php/main/ar...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti bingkai berita iaitu bingkai generik, sub-bingkai, serta sumber berita yang menjadi pilihan utama dalam penerbitan berita nasional oleh wartawan yang masih bergelar belia di akhbar arus perdana Malaysia. Pembingkaian berita digunapakai sebagai kerangka teoritikal kajian ini yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dalam kalangan wartawan-wartawan yang berumur 21 tahun sehingga 40 tahun yang terlibat secara langsung dengan penulisan berita nasional di 18 buah bilik berita akhbar arus perdana di Malaysia. Analisis ke atas jawapan daripada 332 orang responden menunjukkan bingkai-bingkai generik pilihan utama mereka adalah politik, jenayah, dasar dan polisi kerajaan, minat insani, dan juga sosial dan kemasyarakatan, manakala sub-bingkai yang paling kerap digunapakai adalah kebertanggungjawaban publik, kebaikan publik, pembangunan, masalah-masalah sosial, dan ketelusan. Seterusnya sumber iaitu aktor berita yang kerap kali digunapakai adalah daripada kluster pemimpin masyarakat yang merangkumi Perdana Menteri, menteri-menteri dan ahli-ahli politik. Ujian regresi yang dikendalikan membuktikan kewujudan hubungan yang signifikan antara bingkai generik dengan sub-bingkai, begitu juga antara bingkai dengan sumber berita. Ini juga bermakna setiap isu yang dibingkai bersama sesuatu peristiwa dan seseorang aktor berita sebenarnya adalah bertujuan menghasilkan makna yang dikehendaki oleh wartawan untuk kefahaman khalayak. Dari segi implikasi teoritikalnya, kajian ini memperkukuhkan premis skema pembingkaian yang menyatakan perlunya sebuah bingkai generik, sub-bingkai dan sumber berita dalam sesebuah berita.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:framing, frames, news source, national news, & mainstream newspaper
Subjects:P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions:FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
ID Code:15253
Deposited By:IR Admin
Deposited On:19 Dec 2016 11:45
Last Modified:19 Dec 2016 11:45

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository