Pembingkaian berita isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam akhbar tempatan Sabah: analisis perbandingan antara Daily Express dan New Sabah Times

Lee , Kuok Tiung (2015) Pembingkaian berita isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam akhbar tempatan Sabah: analisis perbandingan antara Daily Express dan New Sabah Times. MANU (22). pp. 107-136. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
PDF
42Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis pembingkaian berita isu Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) dalam akhbar tempatan di Sabah. Sebanyak 110 buah artikel berita berkaitan tanah NCR yang diterbitkan dalam tempoh 1 Januari 2011 sehingga 31 Disember 2012 berjaya dikumpul daripada dua buah akhbar tempatan, iaitu Daily Express dan New Sabah Times sebagai sampel data kajian ini. Hasil dapatan kajian menggunakan kaedah analisis kandungan menunjukkan isu tanah NCR yang paling menonjol adalah isu pemilikan tanah NCR yang spesifik kepada tuntutan dan permohonan tanah NCR. Bingkai generik yang paling banyak digunakan oleh wartawan adalah bingkai keadilan, diikuti bingkai ketelusan dan bingkai dasar dan polisi kerajaan. Sumber berita yang paling kerap dipetik oleh akhbar adalah Datuk Seri Musa Aman, iaitu Ketua Menteri Sabah, manakala dari aspek teks berita, elemen-elemen retorik, ungkapan penarik, metafora dan sebagainya telah dikesan digunakan untuk menyampaikan isi cerita dengan lebih menarik. Hasil ujian-t menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan antara isu utama, bingkai generik dan sumber yang diguna pakai oleh kedua-dua buah akhbar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Research news , generic frame
Subjects:H Social Sciences > HE Transportation and Communications
ID Code:15313
Deposited By:IR Admin
Deposited On:03 Jan 2017 11:24
Last Modified:03 Jan 2017 11:24

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository