Signifikasi konsep proxemics dan chronemics dalam ritual kematian bajau: satu kajian dari perspektif komunikasi bukan lisan

Halina Sendera Mohd. Yakin, and Andreas Totu, (2014) Signifikasi konsep proxemics dan chronemics dalam ritual kematian bajau: satu kajian dari perspektif komunikasi bukan lisan. Malaysian Journal of Communication , 30 (2). pp. 71-90. ISSN 2289-151X

[img]
Preview
PDF
43Kb

Abstract

Bahasa digunakan sebagai wahana komunikasi manusia, samada dalam bentuk simbol bahasa lisan mahupun bukan lisan. Dalam realiti fenomena sosial, tidak semua perkara dapat dikomunikasikan melalui bahasa lisan sahaja, malah kebanyakannya diekspresikan melalui bahasa rupa, yang turut dikenali sebagai komunikasi bukan lisan. Kertas kerja ini mengetengahkan simbol bahasabukan lisan dengan memfokuskan kepada konsep proxemics (ruang) dan chronemics (masa) dalam ritual kematian Bajau. Kajian bersifat kualitatif ini menggunakan teknik pengamatan turut serta dan temu bual mendalam yang dilaksanakan di Kampung Kota Belud, Sabah. Teori Semiotik dan pendekatan Komunikasi bukan lisan diaplikasikan untuk memandu arah dan memberi makna kepada simbol-simbol berkenaan. Selain berfungsi sebagai aktiviti budaya yang harus dilaksanakan ketika adanya kematian, symbol bukan lisan menerusi konsep ruang dan masa turut berperanan sebagai salah satu daripada pelbagai cara masyarakat Bajau mengekspresikan nilai-nilai budaya dan merepresentasikan pandangan alam mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Proxemics (ruang/spatial); chronemics (masa/time); signifikasi, ritual kematian; komunikasi bukan lisan
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions:SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
ID Code:15408
Deposited By:IR Admin
Deposited On:11 Jan 2017 15:29
Last Modified:11 Jan 2017 15:29

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository