Sejarah hubungan masyarakat Melayu dan Bugis sebagai asas pembinaan naratif dalam novel sasterawan negara arena wati

Norhayati Ab Rahman, (2016) Sejarah hubungan masyarakat Melayu dan Bugis sebagai asas pembinaan naratif dalam novel sasterawan negara arena wati. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 23 . pp. 61-83. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
PDF
46Kb

Official URL: http://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/arti...

Abstract

Hubungan serumpun antara masyarakat Melayu dan Bugis telah berlangsung semenjak kurun ke-18 seperti yang dipaparkan dalam teks Salasilah Melayu dan Bugis serta Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji. Teks-teks ini telah memerihal peranan Bugis dalam pergelutan politik Melayu pada ketika itu. Di samping itu, ikatan perkahwinan dan penglibatan serta kedudukan dalam politik khususnya telah membawa kepada proses sosialisasi dan asimilasi yang berterusan antara Melayu-Bugis sehingga kini. Selain berdasarkan penceritaan dalam teks-teks sastera Melayu tradisional yang banyak memaparkan tentang hubungan dua hala tersebut, lakaran tersebut juga dijadikan sebagai asas pembinaan naratif dalam novel-novel Sasterawan Negara Arena Wati. Justeru, tulisan ini akan membincangkan dan memperlihatkan bagaimana dan sejauh manakah hubungan serumpun antara dua bangsa ini diangkat dalam naratif garapan Sasterawan Negara Arena Wati melalui novel-novelnya Sandera (1971), Sudara (1994), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan Rindu Aroma Padi Bunting (2012). Selain itu, tulisan ini juga akan menampilkan impak hubungan tersebut ke atas situasi hubungan semasa antara Malaysia dan Indonesia pada hari ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Cluster/stock, Malay-Bugis, literature, Arena Wati, novel
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ID Code:15607
Deposited By:Munira M
Deposited On:17 Feb 2017 11:20
Last Modified:17 Feb 2017 11:20

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository