Peranan golongan muda dalam perubahan agama masyarakat Murut Tahol di Sabah

Abd Hakim Mohad, and Ahmad Tarmizi Talib, and Fatahyah Yahya, (2014) Peranan golongan muda dalam perubahan agama masyarakat Murut Tahol di Sabah. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, 11. pp. 143-153. ISSN 2180-1649

[img] Text
Peranan golongan muda dalam perubahan agama masyarakat Murut Tahol di Sabah.pdf

Download (92kB)

Abstract

Golongan muda merupakan golongan yang paling dinamik dalam sesebuah masyarakat. Kekuatan fizikal dan mental yang mereka miliki serta keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara menjadikan golongan ini sentiasa aktif meneroka apa juga kemungkinan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, golongan muda lazimnya memainkan peranan penting dalam memacu perubahan dalam masyarakatnya. Masyarakat Murut Tahol misalannya telah meninggalkan kepercayaan tradisional, dan menganut agama Kristian hasil daripada dinamika golongan mudanya. Makalah ini akan membincangkan tentang perubahan agama masyarakat peribumiSabah ini serta peranan yang dimainkan oleh golongan mudanya. Hal ini menarik untuk ditonjolkan memandangkan isu agama dan kepercayaan biasanya dikuasaioleh golongan tua; tetapi golongan muda masyarakat ini berjaya membuktikan sebaliknya. Apakah yang telah mereka lakukan bagi meyakinkan masyarakatnya untuk meninggalkan kepercayaan tradisi nenek moyang yang telah dianuti sejak turun temurun, dan menganut satu agama baharu. Maklumat dan perbincangan dalam makalah ini adalah hasil kajian yang dilakukan di Ulu Tomani, Sabah. Selain daripada korpus perpustakaan dan temu bual informan penting, kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta untuk mendalami masyarakat yang dikaji.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Murut Tohol, kepercayaan tradisional, agama Kristian, peribumi Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 12 Jul 2018 06:00
Last Modified: 12 Jul 2018 06:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15673

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository