Konstruk persempadanan etnik dalam pilihan raya: kajian kes etnik Kadazandusun di Sabah

Fadilah Sarbi, (2015) Konstruk persempadanan etnik dalam pilihan raya: kajian kes etnik Kadazandusun di Sabah. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 22 . ISSN 1511-1989

[img]
Preview
PDF
196Kb

Official URL: http://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/arti...

Abstract

Persempadanan memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia, tanpa mengira jenis sempadan yang ada, sama ada pilihan raya negeri atau negara. Artikel ini akan membincangkan tentang konstruk persempadanan pilihan raya yang memfokuskan kepada persempadanan etnik mengikut pembahagian kawasan pilihan raya. Kajian telah dilakukan di negeri Sabah dengan membandingkan dua persempadanan pilihan raya yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) iaitu pada tahun 1994 dan 2004. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat kedudukan kerusi atau sempadan pilihan raya, sama ada dilakukan berdasarkan kumpulan etnik atau sebaliknya. Data yang diguna pakai dalam kajian ini bersifat sekunder, iaitu data persempadanan pilihan raya yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan 2004, data penduduk Sabah keseluruhannya berdasarkan daerah pentadbiran dan kumpulan etnik tahun 1990 dan 2000. Data-data yang digunakan dalam kajian adalah daripada SPR, Jabatan Perangkaan dan Laporan Rancangan Malaysia ke-8. Kajian telah menggunakan aplikasi GIS (Sistem Maklumat Geografi) sebagai alat bantu dalam penganalisisan data ruangan yang berkaitan. Pertambahan penduduk merupakan indikator jelas menyebabkan pertambahan kerusi pilihan raya secara keseluruhannya. Dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan secara jelas bahawa etnik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sempadan yang dilakukan biarpun tidak dinyatakan secara jelas. Kertas kerja ini memberi fokus kepada etnik majoriti di negeri Sabah, iaitu etnik Kadazandusun dalam persempadanan etnik di negeri ini. Jelas melalui kajian ini, penerapan konsep racial gerrymandering iaitu memberi kelebihan kepada sesuatu etnik bagi konstruk persempadanan telah diaplikasikan di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Composer, tonal context, music composition,chromatic scale
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
ID Code:15837
Deposited By:Noraini L
Deposited On:21 Feb 2017 12:02
Last Modified:21 Feb 2017 12:02

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository