Maskuliniti yang diruntuhkan feminiti: satu penelitian stereotaip gender dalam novel Seri Dewi Malam karya Affifudin Haji Omar

Wan Hasmah Wan Teh, (2016) Maskuliniti yang diruntuhkan feminiti: satu penelitian stereotaip gender dalam novel Seri Dewi Malam karya Affifudin Haji Omar. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 23. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Maskuliniti_yang_diruntuhkan_feminiti.pdf

Download (200kB) | Preview

Abstract

Ideologi feminis menyumbang kepada fahaman bahawa lelaki dan perempuan dipengaruhi oleh pengalaman kehidupan yang berbeza ketika menghasilkan sesebuah karya kreatif. Feminis percaya bahawa pengarang lelaki tidak dapat menampilkan dimensi kejiwaan perempuan kerana mereka tidak pernah merasai pengalaman sebagai seorang perempuan. Ideologi seperti ini muncul sebagai tindak balas terhadap kebanyakan karya yang dihasilkan oleh pengarang lelaki yang sering mempersembahkan watak perempuan sebagai the second sex, terpinggir, bisu dan lemah dalam sistem sosial yang didominasi oleh lelaki. Walau bagaimanapun, tindakan pengarang lelaki ini tidak boleh dihukum kerana kegagalan mereka memahami dimensi perempuan yang berbeza dari diri mereka. Pencitraan perempuan daripada perspektif pengarang lelaki harus dilihat daripada konteks masyarakat dan budaya yang meletakkan stereotaip tertentu mengikut jenis kelamin. Bertitik tolak daripada fahaman tersebut, makalah ini mengupas konsep gender yang dibentuk oleh masyarakat sosial serta meneliti imej stereotaip lelaki yang dikenali sebagai gender maskulin dan imej stereotaip perempuan yang dikenali sebagai gender feminin. Hasil dapatan makalah ini mendapati pengarang novel Seri Dewi Malam telah mengubah fahaman pembaca tentang pengarang lelaki dalam mencitrakan imej perempuan dan menolak stereotaip sedia ada dengan menonjolkan imej positif yang dimiliki oleh watak Rohana sebagai gender feminin yang meruntuhkan stereotaip gender maskulin watak-watak lelaki di dalam novel.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Feminis; sistem sosial; konsep gender; stereotaip; maskulin; feminin
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 06 Feb 2017 05:14
Last Modified: 11 Oct 2017 03:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15851

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository