Minda pengarang melayu: melestarikan hubungan antara budaya Melayu-Jawa dalam Sulalat al-Salatin

Hashim Awang, and Hashim Ismail , (2016) Minda pengarang melayu: melestarikan hubungan antara budaya Melayu-Jawa dalam Sulalat al-Salatin. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 23 . ISSN 1511-1989

[img]
Preview
PDF
44Kb

Abstract

Kepengarangan Melayu menampilkan ciri jati diri tertentu yang dapat diikuti daripada sumber-sumber teks tradisional Melayu. Kajian yang dikemukakan sebelum ini mendapati terdapat kaedah kepengarangan yang membentuk pola dan konsep kepengarangan Melayu. Misalnya, Hashim Awang (1989) dan Muhammad Haji Salleh (1991) mengemukakan pendekatan dalam menganalisis kepengarangan Melayu. Muhammad Haji Salleh mengemukakan konsep Puitika Melayu, sebaliknya Hashim Awang mengemukakan pendekatan Pengkaedahan Melayu. Kedua-dua pendekatan didapati penting bagi mengenal pasti minda pengarang Melayu. Sebagai kajian kes, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ciri jati diri kepengarangan Melayu di dalam Sulalat al-Salatin melalui bentuk dan puitika minda pengarang Melayu dalam melestarikan hubungan antar-budaya. Penemuan kajian turut menjawab bagaimana jati diri minda pengarang Melayu dalam menggambarkan imej antar-budaya. Adakah interaksi antar-budaya dilaksanakan atas dasar fungsional atau kepentingan hubungan kebudayaan atau kemungkinan lain yang mampu dianalisis sebagai satu bentuk amalan kepengarangan? Dengan itu juga, kajian ini turut memfokuskan hubungan antar-budaya serumpun yang dilestarikan melalui teks Sulalat al-Salatin.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kajian budaya; kepengarangan Melayu; Sulalat al-Salatin; identiti Melayu; puitika Melayu
Subjects:N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Divisions:FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
ID Code:15856
Deposited By:Noraini L
Deposited On:06 Feb 2017 13:15
Last Modified:06 Feb 2017 13:15

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository