Perbandingan taburan geografi rama-rama (geometridae dan limacodidae) di hutan dan di ladang kelapa sawit

Nurul Farihah Osman, (2013) Perbandingan taburan geografi rama-rama (geometridae dan limacodidae) di hutan dan di ladang kelapa sawit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Perbandingan taburan geografi rama-rama.pdf

Download (12MB)

Abstract

Kajian dilakukan bertujuan untuk membandingkan taburan geografi rama-rama dan dua famili Umacodidae dan Geometridae di hutan dan di ladang kelapa sawit. Geometridae adalah famili rama-rama yang tinggal di dalam habitat yang tertutup seperti hutan manakala bagi famili Umacodidae banyak terdapat di kawasan yang berkanopi terbuka. Spesies yang terdapat dl ladang kelapa sawit juga menunjukkan taburan geografinya sangat luas. Walau bagaimanapun kajian seperti ini belum pernah dikaji terhadap rama-rama di sabah, Borneo. Kajian ini dapat membantu para pengkaji memahami ekologi rama-rama sebagai serangga perosak dan rama-rama juga boleh dijadikan sebagai indikator kepada gangguan hutan. Kajian telah dilakukan di ladang Jalil Alip, ladang Sapi 2 Sdn. Bhd. (PBBOP) dan ladang Danum Park. Manakala hutan ialah Hutan Simpan Lembah Danum, Hutan Simpan Sa pi dan Hutan Simpan Labuk. Data yang dikumpulkan dan enam lokasi yang berbeza dianalisis menggunakan kaedah manual dengan menggunakan pensian Microsoft Excel dan Ujian Kruskal Wallis menggunakan pensian SPSS versi 20. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan bererti di antara taburan geografi rama-rama dengan taburan rama-rama dan dua famili iaitu Geometridae dan Umacodidae (Ujian Kruskal Wallis; H'=8.319, N=408, P=0.004). Selain itu, kajian juga mendapati terdapat perbezaan bererti antara subfamili rama-rama yang didapati di kawasan hutan dan ladang kelapa sawit (H'=36.028, N=404, P=0.000) dan kajian juga mendapati terdapat perbezaan antara taburan geografi rama-rama dengan lokasi kajian (H'=18.389, N=408, P=0.001). Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa taburan geografi rama-rama mempunyai hubungan dengan jenis famili, subfamili dan lokasi ataupun sesuatu habitat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: moths, oil palm plantation, forest, Geometridae, Limacodidae, geographical distribution
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:58
Last Modified: 17 Jul 2018 05:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16

Actions (login required)

View Item View Item