Geologi am dan pengaruh lempung pada sifat kejuruteraan tanah di kawasan Lahad Datu,Sabah

Muhammad Ikmal Raub, (2014) Geologi am dan pengaruh lempung pada sifat kejuruteraan tanah di kawasan Lahad Datu,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan pengaruh lempung pada sifat kejuruteraan tanah .pdf

Download (650kB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar Tenggara kawasan Lahad Datu. Kawasan kajian mempunyai keluasan sebesar 169 km persegi yang dibatasi oleh garis lintang antara 05°01' U hingga 05°07' U dan garis bujur 118°13' T hingga 118°20' T. Tujuan dijalankan adalah untuk mengkaji aspek geologi am kawasan, sifat kejuruteraan tanah dan faktor yang mempengaruhi sifat kejuruteraan tanah di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada beberapa unit batuan iaitu batuan dasar berhablur, Formasi Ayer (Melange), Formasi Tabanak dan endapan Kuatemari. Batuan dasar berhablur merupakan batuan tertua yang berusia kapur, diikuti dengan Formasi Ayer yang berusia Miosen Tengah, Formasi Tabanak yang berusia Miosen Akhir dan endapan kuartemer (aluvium). Analisis struktur menunjukkan arah canggaan Timur Laut-Barat Daya. Kajian yang dijalankan merangkumi analisis sifat fiziko-kimia, sifat kejuruteraan tanah dan pengenalpastian kandungan mineral yang terdapat pada sampel. Analisis sifat fiziko-kimia mendapati sampel tanah S3 (aluvium) mempunyai kandungan lempong yang tinggi dan mencatatkan nilai kelembapan dan kandungan bahan organic yang tinggi dengan nilai 56.21% dan 7.74%. Manakala Sampel tanah S2 (Formasi Ayer) mencatatkan kandungan lempung yang terendah dan mencatat nilai kelembapan dan kandungan BOT yang rendah dengan nilai 10.03% dan 1.09% manakala sampel Si (Formasi Tabanak) menunjukkan kadar yang sederhana bagi kesemua kajian yang dijalankan. Indeks keplastikan bagi sampel tanah S3 menunjukkan nilai keplastikan tinggi dan sampel S1 dan S2 menunjukkan kadar keplastikan sederhana. Bagi analisis sifat kejuruteraan tanah pula, nilai ketumpatan kering maksima bagi kesemua sampel berjulat antara 1.24-1.36 Mg/m3 dan mempunyai kandungan kelembapan optima dari 34-45%. Sampel S2 mencatat nilai purata tegasan tertinggi diikuti dengan sampel Si dan yang paling lemah adalah sampel S3. Analisis ketelapan mendapati ketiga-tiga sampel mempunyai kadar kebolehtelapan yang rendah. Analisis pembelauan sinar-x mendapati kandungan lempung ilit, dan kaolinit merupakan jenis mineral lempung yang dominan dalam ketiga-tiga jenis sampel

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Lahad Datu, engineering, soil
Subjects: Q Science > QE Geology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 13 Nov 2017 06:18
Last Modified: 14 Nov 2017 02:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/164

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository