Intensiti jangkitan Ganoderma Boninense pada semaian Mucuna Bracteata di Ladang Kelapa Sawit Langkon, Kota Marudu, Sabah

Farah Azilah Pungut, (2007) Intensiti jangkitan Ganoderma Boninense pada semaian Mucuna Bracteata di Ladang Kelapa Sawit Langkon, Kota Marudu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000011.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kehadiran miselia Ganoderma boninense di dalam akar, batang dan daun Mucuna bracteata. Rawatan yang digunakan ialah tanah polibeg semaian M. bracteata tanpa diinokulasi dengan G. boninense sebagai kawalan, 2 set tanah polibeg semaian M. bracteata yang diinokulasikan dengan G. boninense iaitu 100% (semua tanah polibeg semaian M. bracteata didedahkan kepada kultur G. boninense) dan 50% (hanya sebahagian tanah polibeg semaian M. bracteata didedahkan kepada kultur G. boninense). Inokulasi ini melibatkan semaian M. bracteata yang berumur satu, dua dan tiga bulan. Pemerhatian kehadiran propagul G. boninense pada akar M. bracteata yang berkenaan di lakukan selepas 2 bulan inokulasi. Pemencilan kulat G. boninense dari akar, batang dan daun telah dilakukan dengan menggunakan Ganoderma Selective Medium (GSM) dan Potato Dextrose Agar (PDA). Berdasarkan pemerhatian ciri-ciri khusus Ganoderma seperti clamp connection dan juga keupayaan tumbesaran dalam GSM dan PDA didapati G. boninense wujud pada akar dan batang M. bracteata tetapi tidak terdapat pada daun tumbuhan tersebut. Kesimpulan kajian ini telah membuktikan bahawa G. boninense berupaya menjangkiti M. bracteata.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ganoderma Boninense, Mucuna Bracteata, Ganoderma Selective Medium (GSM), Potato Dextrose Agar (PDA)
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Mar 2011 09:51
Last Modified: 16 Oct 2017 05:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1661

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository