Komponen kimia daun pokok bakau yang dimakan oleh monyet belanda (NASALIS LARVATUS) di Sabah

Kuhan Raj Mariyan Periya Nayagam, (2015) Komponen kimia daun pokok bakau yang dimakan oleh monyet belanda (NASALIS LARVATUS) di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Komponen kimia daun pokok bakau yang dimakan.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Nasalis larvatus atau lebih dikenali sebagai monyet belanda menghabiskan lebih masa di dalam hutan bakau. Pokok bakau menjadi ekosistem yang mempunyai pelbagai penggunaan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui komponen kimia dalam daun pokok bakau yang dimakan oleh monyet belanda. Spesis Excocaria indica mempunyai pati minyak kasar dan pati protein yang lebih berbanding dengan spesis pokok bakau yang lain. Spesis tersebut juga mempunyai kuantiti fenol yang banyak. Kuantiti fenol yang banyak boleh mempunyai sifat antioksidan. Sifat antioksidan ini boleh jadikan juga sebagai bahan untuk pencegah kanser atau kenali sebagai antikanser. Selain itu, bahan sebatian sekunder seperti Palmitic acId methyl ester (63.85%), Stearic acid methyl ester (94.14%), Tetracontane (144.97%), Tetratriacontane (131.45%) dan Hexatricontane (83.34%) boleh didapati dalam daun pokok bakau. Komponen tersebut boleh digunakan dalam kehidupan manusia untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia. Daun pokok bakau muda mempunyai tahap kelembapan yang berlebihan berbanding dengan daun pokok bakau matang. Tambahan pula, daun pokok bakau matang mempunyai bahan organik yang berlebihan berbanding dengan daun pokok bakau muda.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: mangroves tree, Excocaria indica, Nasalis larvatus
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:08
Last Modified: 20 Nov 2017 02:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16878

Actions (login required)

View Item View Item