Pemencilan dan pengenalpastian bakteria daripada saluran pencernaan instar akhir larva ulat pengorek buah koko (Conopomorpha cramerella SNELLEN)

Nur Aisyah Anis Abd Karim, (2015) Pemencilan dan pengenalpastian bakteria daripada saluran pencernaan instar akhir larva ulat pengorek buah koko (Conopomorpha cramerella SNELLEN). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pemencilan dan pengenalpastian bakteria.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Saluran pencemaan serangga terdiri dart tiga bahagian iaitu Bahagian usus hadapan, usus tengah, dan usus belakang. Proses pencemaan makanan dapat dijalankan di dalam saluran pencemaan larva ulat pengorek buah koko (UPBK) dengan adanya bantuan bakteria. Kajian ini telah dilakukan terhadap instar akhir larva UPBK bagi mengkaji kehadiran koloni bakterta yang telah dipendl dartpada sistem pencemaan UPBK. larva UPBK merupakan serangga serius di Malaysia. Sekiranya tidak dikawal ia boIeh menyebabkan kerugian 100%. Oleh itu, larva UPBK ini telah diambil daripada Stesen Penyelidikan Pertanian Quion Hill Tawau, Sabah bagi mengenalpasti kepelbagaian dan komposisi komuniti genus bakteria di dalam saluran pencernaan instar akhir larva UPBK dengan menggunakan kaedah pemencilan dan inokulasi. Pemerhatian dan data yang telah diambil ditumpukan kepada ciri-ciri morfologi koloni dan seI bakteria seperti bentuk koloni, pinggir koloni, elevasi koloni, saiz koloni, tekstur koloni ,rupa koloni , pigmentasi koloni dan pewamaan gram bakteria. Selain itu,mesin MALDI-TOF juga telah digunakan bagi mengenali spesies bakteria yang hidup di dalam saluran pencernaan larva UPBK. Antara spesies bakteria yang telah dikenal pasti adalah seperti spesies Stenotrophomonas maltophilia, Bacillus megaterium , Klebsiella pneumoniae dan Sphingobium doacae . Setiap koloni bakteria mempunyai fungsi yang berbeza, bakteria Stenotrophomonas maltophilia berkemungkinan membantu penghadaman selulosa dalam saluran pencernaan UPBK. Manakala bakteria Bacillus megaterium berfungsi menghasilkan enzim amylase untuk pencemaan komponen kanji yang diperolehi dari pulpa koko. Bagi bakteria Klebsiella pneumoniae dan Sphingobium cloacae berkemungkinan dapat memulihkan keadaan tosik di dalam sistem pencemaan larva UPBK. Dengan kehadiran 4 bakteria yang telah dipencil dan dikenal pasti sehingga peringkat spesies, ia berkemungkinan dapat membantu dalam sistem pencemaan UPBK dalam buah koko. Bagi menambah spesies bakteria lain yang berkemungkinan akan terpencil daripada saluran pencernaan larva UPBK adalah dengan menggunakan medium lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: bacteria, alimentary tract, cocoa pod borer larvae
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira
Date Deposited: 28 Dec 2017 22:25
Last Modified: 28 Dec 2017 22:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17

Actions (login required)

View Item View Item