Pengetahuan, sikap dan amalan para pekebun kecil sawit di Kampung Sungai Jambi, daerah Batu Pahat, Johor terhadap pertanian lestari

Hazwani hasan, (2012) Pengetahuan, sikap dan amalan para pekebun kecil sawit di Kampung Sungai Jambi, daerah Batu Pahat, Johor terhadap pertanian lestari. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
9Mb

Abstract

Amalan pertanian lestari adalah penting untuk memelihara alam sekitar, memperbaiki kualiti dan keselamatan hasil tanaman serta memperbaiki keuntungan terutamanya industri sawit yang merupakan komoditi utama negara. Antara objektif kajian ini ialah untuk mengetahui latar belakang para pekebun kecil sawit di Kampung Sungai Jambi, Batu Pahat, Johor; untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) pertanian lestari para pekebun kecil sawit di Batu Pahat terutamanya di Kampung Sungai Jambi; dan untuk mengenalpasti hubungan antara eiri-eiri latar belakang para pekebun kecil dengan tahap PSA mereka terhadap pertanian lestari. Teknik persampelan secara rawak digunakan dan sebanyak 48 orang responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keluasan kebun yang dimiliki telah memberi kesan yang ketara kepada tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA), manakala umur adalah sebaliknya. Bagi tahap pengetahuan, sikap dan am alan terhadap pertanian lestari, hanya hubungan sikap memberi kesan ke atas amalan para pekebun dan hanya terhad dalam input-input sawit. Maka, pengetahuan para pekebun masih kurang dalam aspek pertanian lestari terutamanya dalam output sawit. Dapatan kajian ini juga menunjukkan para pekebun boleh menerima aspek pertanian lestari dalam kebun mereka berdasarkan sikap yang diukur. Mereka hanya perlu lebih pendedahan. Mana-mana jabatan atau agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Negeri Johor atau Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sedang atau bereadang untuk melaksanakan kegiatan khidmat nasihat atau pengembangan pertanian kepada para pekebun kecil sawit di Daerah Batu Pahat khususnya mereka yang terlibat dengan kajian ini, hasil-hasil kajian ini bolehlah digunakan sebagai bahan rujukan atau panduan. Perkara-perkara dalam amalan pertanian lestari yang masih belum diketahui, masih belum boleh diterima atau belum diamalkan perlulah ditekankan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:palm oil smallholder, level of knowledge, attitude, practice, sustainable agriculture
Subjects:S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17016
Deposited By:Munira M
Deposited On:07 Jun 2017 14:30
Last Modified:07 Jun 2017 14:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository